| BERITA TERKINI | 12 MAUT, DUA PARAH DALAM KEMALANGAN BAS-TRAILER DI GHANA | Malaysia, Pakistan komited perkukuh hubungan dua hala, keamanan serta kemakmuran sejagat - PM Anwar | Malaysia, Pakistan bincang langkah tegas hentikan kekejaman Israel terhadap orang awam di Gaza, Lubnan- PM Anwar | Malaysia hargai peranan pengantaraan Pakistan dalam rundingan antara Iran dan Amerika Syarikat - PM Anwar | PM Anwar ucap Selamat Hari Raya Aidiladha kepada PM Pakistan Shehbaz Sharif, harap persaudaraan terus kukuh | |
Terdapat 761 berita berdasarkan kata kunci carian " petronas"
Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari
KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal rendah pada tengah hari ini, dipengaruhi oleh aktiviti jualan berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih, diterajui oleh sektor utiliti, telekomunikasi dan media serta produk dan perkhidmatan pengguna.
Petronas Bakal Ambil Alih Pemilikan Penuh PRefChem
KUALA LUMPUR, 25 Mei (Bernama) -- Petronas hari ini mengumumkan bahawa anak syarikatnya, Petronas Refinery and Petrochemical Corporation Sdn Bhd akan mengambil alih kepentingan yang dipegang oleh Saudi Arabian Oil Company (Aramco) dalam Pengerang Refining Company Sdn Bhd dan Pengerang Petrochemical Company Sdn Bhd (PRefChem), terletak di Kompleks Bersepadu Pengerang, Pengerang, Johor.
Petronas, Aramco Umum Pemindahan Pemilikan Penuh PRefChem Kepada Petronas
KUALA LUMPUR, 25 Mei (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dan Saudi Arabian Oil Company (Aramco) hari ini mengumumkan pemeteraian perjanjian bagi pemindahan pegangan ekuiti Aramco yang dipegang menerusi Aramco Overseas Company B.V dalam Pengerang Refining Company Sdn Bhd dan Pengerang Petrochemical Company Sdn Bhd (secara kolektif PRefChem) di Kompleks Bersepadu Pengerang, Johor, kepada Petronas.
Bursa Malaysia Akhiri Sesi Dagangan Pagi Lebih Rendah Susulan Tekanan Jualan
KUALA LUMPUR, 25 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi lebih rendah berikutan penjualan berterusan ke atas saham-saham wajaran tinggi terpilih, diterajui kaunter produk dan perkhidmatan perindustrian serta utiliti yang menjejaskan sentimen pasaran.
Bursa Malaysia Dibuka Rendah Susulan Sentimen Berhati-hati
KUALA LUMPUR, 25 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah sewaktu dagangan dibuka pada Isnin, diasak sentimen pelabur yang berhati-hati serta minat belian suram walaupun prestasi semalaman Wall Street meningkat.
Petronas Sahkan Insiden Di FSO Sepat, Siasatan Masih Dijalankan
KUALA LUMPUR, 25 Mei (Bernama) -- Petronas pada Isnin mengesahkan mengenai satu insiden kira-kira jam 12.50 tengah hari semalam ketika kerja-kerja penyelenggaraan bot penyelamat di Kemudahan Penyimpanan dan Pemindahan Terapung (FSO) Sepat di luar pantai Terengganu yang membabitkan empat pekerja kontraktor.
Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Dipacu Aktiviti Belian Saham Harga Rendah
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 22 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Jumaat dipacu aktiviti pembelian saham pada harga rendah yang muncul semula selepas beberapa sesi dagangan lemah sebelum ini.
Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari Dipacu Belian Saham Wajaran Tinggi Terpilih
KUALA LUMPUR, 22 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal dalam wilayah positif pada sesi tengah hari disokong oleh belian berterusan dalam saham berwajaran tinggi terpilih, didahului sektor produk dan perkhidmatan perindustrian serta produk dan perkhidmatan pengguna.
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi
KUALA LUMPUR, 22 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini, seiring dengan kenaikan semalaman di Wall Street apabila harapan meningkat terhadap penyelesaian konflik di Asia Barat dan disokong oleh data ekonomi domestik yang positif.
Bursa Malaysia Ditutup Rendah Dipacu Sentimen Berhati-hati
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup pada paras terendah intra hari pada Khamis berikutan sentimen pelabur kekal berhati-hati susulan aliran keluar dana asing yang berterusan, meskipun penurunan baru-baru ini membuka peluang belian murah bagi saham-saham mewah.
Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari
KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah pada tengah hari ini berikutan jualan berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih, diterajui oleh kaunter produk perindustrian dan perkhidmatan, produk dan perkhidmatan pengguna serta perladangan.