Terdapat 304 berita berdasarkan kata kunci carian " penjualan"

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini, menjejaki penurunan dalam pasaran COMEX AS di tengah-tengah aktiviti jualan berterusan yang menjejaskan sentimen pasaran.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Disokong Aktiviti Belian Saham Berharga Rendah Berterusan

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 5 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini dengan indeks petunjuk pasaran meningkat 0.60 peratus disokong oleh aktiviti membeli saham berharga rendah yang berterusan susulan penjualan besar-besaran baru-baru ini, meskipun prestasi lemah di pasaran serantau.

Keuntungan Bersih IOI Properties Meningkat Kepada RM258.11 Juta Pada Suku Ketiga

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Keuntungan bersih IOI Properties Group Bhd melonjak 3.39 kali tahun ke tahun kepada RM258.11 juta pada suku ketiga yang berakhir pada 31 Mac, 2026, bagi tahun kewangan semasa (suku ketiga tahun kewangan 2026) daripada RM76.13 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Unit Mudajaya Jual 45 Peratus Pegangan Dalam Real Jade Pada Harga RM118.45 Juta

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Mudajaya Group Bhd, melalui anak syarikat tidak langsung milik penuh, Xelmont Ltd, menjual 45 peratus kepentingan ekuitinya dalam Real Jade Ltd kepada Minyi Holdings Ltd (MHL) pada harga HK$234 juta (RM118.45 juta).

Matrix Concepts Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM219.33 Juta Pada Tahun Kewangan 2026

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Matrix Concepts Holdings Bhd mencatatkan keuntungan bersih lebih tinggi sebanyak RM219.33 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2026 (TK2026) daripada RM214.03 juta pada tahun kewangan sebelumnya. 

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Menjelang Cuti Aidiladha

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 26 Mei  (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Selasa apabila pelabur melakukan penjualan bagi merealisasikan keuntungan daripada pegangan ekoran ketegangan Amerika Syarikat (AS) dan Iran yang memuncak.

Bursa Malaysia Akhiri Sesi Dagangan Pagi Lebih Rendah Susulan Tekanan Jualan

KUALA LUMPUR, 25 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi lebih rendah berikutan penjualan berterusan ke atas saham-saham wajaran tinggi terpilih, diterajui kaunter produk dan perkhidmatan perindustrian serta utiliti yang menjejaskan sentimen pasaran.

Institusi Tempatan Teruskan Belian Bersih Enam Minggu Berturut-turut Di Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR, 25 Mei (Bernama) -- Institusi tempatan meneruskan trend belian bersih di Bursa Malaysia untuk minggu keenam berturut-turut, dengan merekodkan aliran masuk bersih berjumlah RM572.9 juta minggu lepas, menurut MBSB Investment Bank Bhd.

Unit Ann Joo Terima Pembeli Potensi Baharu Selepas Perjanjian Dengan Southern Steel Gagal

KUALA LUMPUR, 22 Mei (Bernama) -- Ann Joo Resources Bhd (Ann Joo) bercadang untuk menjual 100 peratus kepentingan ekuiti dalam Ann Joo Steel Bhd (AJSB) kepada syarikat berpangkalan di Singapura, Green Esteel Pte Ltd.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Didorong Sentimen Risiko Global Lemah

KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Rabu apabila sentimen risiko global yang lemah menjejaskan keyakinan pelabur, kata seorang ahli ekonomi.

Institusi Tempatan Teruskan Pembelian Bagi Minggu Kelima Berturut-turut Di Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR, 18 Mei (Bernama) -- Institusi tempatan meneruskan pembelian bersih mereka di Bursa Malaysia untuk minggu kelima berturut-turut, dengan mencatatkan aliran masuk bersih sebanyak RM233.2 juta pada minggu lepas di tengah-tengah penjualan asing yang berterusan di seluruh pasaran ekuiti serantau.

LSH Capital Terima Surat Tawaran RAC Untuk Projek Tanah RM197.9 Juta

KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- Lim Seong Hai Capital Bhd (LSH) telah menerima surat tawaran daripada Perbadanan Aset Keretapi (RAC) untuk cadangan penjualan dan pembangunan dua bidang tanah dengan nilai gabungan RM197.90 juta di Petaling, Selangor.