Unit MCHB Lupus Tanah Seluas 15.64 Hektar Di Negeri Sembilan Pada Harga RM90.91 Juta
KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Matrix Concepts Holdings Bhd (MCHB) yang mempunyai 85 peratus kepentingan dalam N9 Matrix Development Sdn Bhd (anak syarikat MCHB) telah memeterai perjanjian jual beli (SPA) untuk melupuskan tanah seluas 15.64 hektar pada harga RM90.91 juta kepada Kuntum Kemuning Sdn Bhd (KKSB) di Labu, Negeri Sembilan.