BERITA TERKINI   Semua pengimportan kenderaan elektrik CBU yang dipasang siap di luar negara adalah tertakluk kepada dua syarat utama bermula 1 Julai 2026 - MITI | MITI benarkan baki stok sedia ada dijual mengikut ketetapan dalam tempoh pengecualian khas sehingga habis | Dasar berkaitan kenderaan elektrik CBU dikembalikan kepada ketetapan sedia ada susulan penamatan tempoh pengecualian khas pada 31 Dis 2025 - MITI | Seorang lelaki berusia 70 tahun menjadi jemaah kedua meninggal dunia di Makkah akibat serangan jantung- Tabung Haji | RTM, Unifi TV penyiar rasmi Piala Dunia FIFA 2026 di Malaysia - Fahmi | 

Terdapat 13015 berita berdasarkan kata kunci carian ""

Permintaan Domestik Perkukuh Ekonomi Malaysia Di Tengah-tengah Konflik Global -- Ahli Ekonomi

KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Permintaan domestik kekal sebagai penampan utama bagi ekonomi Malaysia di tengah-tengah konflik yang berterusan di Asia Barat, kata Ketua Ahli Ekonomi Affin Kumpulan Affin Alan Tan. 

Bank Indonesia Kemuka Tujuh Langkah Stabil Rupiah Di Tengah-tengah Kelemahan Mata Wang

JAKARTA, 6 Mei (Bernama) -- Bank Indonesia (BI) menyediakan tujuh langkah yang bertujuan memperkukuh dan menstabilkan nilai rupiah selepas mata wang itu melemah sejak kebelakangan ini, dan inisiatif itu telah diluluskan oleh Presiden Indonesia Prabowo Subianto.

Industri Insurans Am Tumbuh 4.8 Peratus Pada 2025, Catat Keuntungan RM1.2 Bilion – PIAM

KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Industri insurans am Malaysia merekodkan premium bertulis kasar (GWP) sebanyak RM24.2 bilion pada 2025, mewakili peningkatan 4.8 peratus daripada RM23.1 bilion yang dicatatkan pada 2024 selepas didorong oleh pengembangan berterusan dalam segmen insurans motor dan kebakaran, menurut Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM).

Industri Acara Perniagaan Malaysia Pacu Kerjasama, Kesalinghubungan Antarabangsa

KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Industri acara perniagaan Malaysia terus mengukuhkan peranannya dalam memacu pertumbuhan ekonomi, pembangunan pengetahuan dan kesalinghubungan global melalui kerjasama lebih kukuh antara kerajaan, penggiat industri dan persatuan profesional.

Perkongsian Lebih Erat Malaysia-Filipina Penting Bentuk Masa Depan ASEAN - Ahmad Fuzi

KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Malaysia mampu memainkan peranan penting dalam membentuk masa depan ASEAN dengan bekerjasama rapat bersama Filipina selaku Pengerusi ASEAN ketika ini, bagi memajukan inisiatif strategik serantau, kata bekas Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak.

ASEAN Sasar Penyelesaian Keselamatan Tenaga Jangka Panjang, Pemeteraian DEFA

Daripada Niam Seet Wei

CEBU (Filipina), 6 Mei (Bernama) -- ASEAN sedang meneliti penyelesaian jangka sederhana dan jangka panjang untuk memperkukuh keselamatan tenaga dan daya tahan rantau ini dalam mendepani ketidaktentuan global, kata Timbalan Setiausaha Jabatan Perdagangan dan Industri (DTI) Filipina Allan Gepty.

Bursa Malaysia Teruskan Momentum, Naik 10.65 Mata Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan aliran peningkatan pada tengah hari ini, menjejaki prestasi pasaran serantau yang kukuh dalam senario kemajuan rundingan damai Amerika Syarikat (AS)-Iran, kata penganalisis.

RT Pastry-KAF Investment Bank Meterai Perjanjian Taja Jamin IPO Pasaran ACE

KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- RT Pastry Holdings Bhd (RT Pastry) memeterai perjanjian taja jamin dengan KAF Investment Bank Bhd sebagai sebahagian pelaksanaan tawaran awam permulaan (IPO) serta penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia.

Misi Pelaburan Shanghai: Johor Tarik Minat 36 Pelabur Global, Komitmen Awal Cecah RM10 Bilion

ISKANDAR PUTERI, 6 Mei (Bernama) -- Misi pelaburan kerajaan negeri Johor ke Shanghai, China baru-baru ini berjaya menarik minat 36 syarikat antarabangsa dengan potensi komitmen pelaburan awal dianggarkan RM10 bilion, memberi isyarat jelas keyakinan terhadap Zon Ekonomi Khas Johor–Singapura (JS-SEZ).

MDEC Mudah Cara Potensi Peluang Bernilai RM450 Juta Di Sushi Tech Tokyo 2026

KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) memudah cara potensi peluang bernilai lebih RM450 juta pada SusHi Tech Tokyo 2026, antara platform pemula niaga dan inovasi terkemuka di Asia.

Taiwan Mahu Perkukuh Kerjasama Dengan Malaysia Dalam Segmen Pusat Data, Robotik

KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Taiwan menyasarkan untuk memperkukuh kerjasama dengan Malaysia membabitkan sektor semikonduktor dan pengeluaran pintar, terutama dalam segmen pusat data dan robotik.

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Lebih Tinggi

KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Prestasi niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat dalam sesi dagangan awal Bursa Malaysia Derivatives pada Rabu yang menjejaki kenaikan di pasaran tunai.