1tahun ago
KUALA LUMPUR, 30 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka mengekalkan momentum pemulihannya pada beberapa minggu akan datang dengan FBM KLCI diunjurkan dalam julat antara 1,600 hingga 1,610 minggu depan, kata Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Mohd Sedek Jantan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 30 Nov (Bernama) -- Ringgit dijangka didagangkan dalam julat 4.4275 hingga 4.4475 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan, dengan sedikit kecenderungan meningkat, didorong jangkaan pengurangan kadar faedah AS pada Disember.
1tahun ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 29 Nov (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS pada hari dagangan terakhir bulan ini, mencerminkan pengukuhan beberapa mata wang serantau.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 29 Nov (Bernama) -- Aset rizab rasmi berjumlah US$117.59 bilion, manakala aset mata wang asing lain berjumlah US$5.7 juta pada akhir Oktober 2024, kata Bank Negara Malaysia (BNM).
1tahun ago
Oleh Nurul Jannah Kamaruddin
KUALA LUMPUR, 29 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan aliran penurunan pada Jumaat, didorong oleh kekurangan petunjuk baharu Wall Street selain kebimbangan ketara berkaitan ketidaktentuan dasar Amerika Syarikat (AS).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- Kerajaan akan memastikan kemajuan pembangunan industri unsur nadir bumi (REE) seiringan dengan sektor huluan dan hiliran bagi memenuhi keperluan industri itu, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia mengehadkan kenaikan sebelum ini untuk mengakhiri sesi pagi dengan turun sedikit berikutan jualan melebihi pembelian disebabkan kekurangan pemangkin terutamanya dengan pasaran AS ditutup pada Khamis untuk cuti Hari Kesyukuran.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Khamis sebelum bertukar rendah berikutan kekurangan pemangkin ketika Wall Street mencatat prestasi lemah di tengah-tengah data inflasi yang tinggi dan perdagangan yang lebih perlahan menjelang cuti Hari Kesyukuran di Amerika Syarikat (AS).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- Ringgit kekal kukuh berbanding dolar AS pada Khamis, disokong oleh penurunan Indeks Dolar AS (DXY) yang menyusut 0.91 peratus kepada 106.036 mata.
1tahun ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS pada Rabu, didorong oleh minit mesyuarat terkini Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) yang dilihat kurang agresif daripada jangkaan dan mengekalkan naratif penurunan kadar faedah.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi sedikit pada Rabu apabila saham utiliti membantu menyeimbangkan tekanan jualan dalam saham sektor perladangan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia mengekalkan momentum peningkatannya pada tengah hari Rabu walaupun pasaran serantau mencatat prestasi kurang memberangsangkan ketika pelabur mengalihkan tumpuan terhadap pengumuman data inflasi Amerika Syarikat (AS) lewat malam ini.