8bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka mencatatkan kenaikan semula minggu depan, didorong oleh kesan limpahan daripada kenaikan kukuh berterusan di pasaran China dan Amerika Syarikat (AS).
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan mendatar minggu depan berikutan peniaga meneliti faktor pasaran bersempena cuti Minggu Emas di China yang akan datang, kata peniaga.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Sept (Bernama) -- Menteri Digital Gobind Singh Deo yakin ekonomi digital akan mencapai atau melebihi unjuran sumbangan 25.5 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia menjelang akhir 2025 berikutan keupayaan Malaysia untuk terus menarik pelabur.
8bulan ago
SEPANG, 27 Sept (Bernama) -- Ringgit diunjurkan terus mengukuh, disokong usaha berterusan kerajaan untuk merancakkan ekonomi sekali gus merangsang lebih banyak pelaburan masuk ke negara ini.
8bulan ago
ISKANDAR PUTERI, 27 Sept (Bernama) -- Pasaran pusat data di Malaysia kini berkembang pesat dan akan terus berkembang lagi memandangkan bekalan semasa pusat data di negara ini masih tidak mencukupi untuk menampung permintaan yang semakin meningkat, menurut CBRE Group Inc.
8bulan ago
PELABUHAN KLANG, 27 Sept (Bernama) – Pembangunan fasa dua projek pembesaran terminal kontena Westports Holdings Bhd, Westports 2, merupakan satu langkah penting bagi memastikan Malaysia kekal sebagai hab maritim dan logistik global pada masa depan.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Sept (Bernama) -- Pertumbuhan gas asli cecar (LNG) Malaysia dijangka mengukuh dalam jangka masa pendek dan sederhana apabila bekalan gas daripada projek baharu yang dibangunkan tersedia, kata BMI, unit Fitch Solutions.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Kementerian Perdagangan, Pelaburan dan Industri (MITI) komited untuk terus memupuk bakat, mengukuhkan hubungan dagangan selain memastikan Malaysia kekal sebagai peneraju hab pembuatan dan perkhidmatan.
8bulan ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar AS pada Khamis berikutan aktiviti pengambilan untung selepas meningkat dengan ketara pada awal minggu, dan berhati-hati menjelang pengumuman data perbelanjaan penggunaan peribadi (PCE) Amerika Syarikat (AS) esok, kata penganalisis.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Johor Plantations Group Bhd berjaya menerbitkan Sukuk Wakalah sulungnya dengan jumlah agregat RM1.35 bilion dalam nilai nominal daripada Program Sukuk Wakalah syarikat itu.
8bulan ago
SIK, 26 Sept (Bernama) -- FGV Holdings Bhd (FGV) akan melaksanakan pembaharuan dan inovasi dalam pengurusan ladang bagi berdepan dengan situasi perubahan iklim yang menjejaskan hasil kelapa sawit.
8bulan ago
GEORGE TOWN, 26 Sept (Bernama) — Northeast Group Bhd sasar untuk mengumpul kira-kira RM84.5 juta daripada tawaran awam permulaan (IPO) menjelang penyenaraiannya Pasaran ACE pada 15 Oktober depan.