Terdapat 1138 berita berdasarkan kata kunci carian " mampan "

CGS MY Lancar Pembiayaan Margin ESG Galakkan Pelaburan Mampan & Bertanggungjawab

KUALA LUMPUR, 20 Sept (Bernama) -- CGS International Securities Malaysia Sdn Bhd (CGS MY) melancarkan Pembiayaan Margin Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) dan Kemudahan Pembiayaan Margin-i ESG, dengan pembiayaan sehingga RM5 juta.

Skim Tanaman Semula Sawit Cecah RM45 Juta, Meliputi 6,724 Hektar - MPOB

KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) -- Skim Pembiayaan Mudah Tanam Semula Pekebun Kecil Sawit 2.0 (TSPKS 2.0) yang diperkenalkan oleh kerajaan pada awal tahun ini, menerima sejumlah 2,384 permohonan yang meliputi kawasan seluas 6,723.88 hektar setakat ini.

AirAsia, Airbus Jalin Kerjasama Bagi Penerbangan Mampan Asean

Daripada Soraya Jamal

BALI, 19 Sept (Bernama) -- AirAsia pada Khamis mengumumkan kerjasama jangka panjang dengan pengeluar pesawat Eropah, Airbus bagi meningkatkan penyelidikan bagi inisiatif penerbangan mampan untuk mengurangkan pelepasan karbon di rantau ASEAN.

MIDA, Alliance Bank Anjur Bengkel Teroka Amalan Perindustrian Mampan

KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Alliance Bank Malaysia Bhd menganjurkan bengkel Mekanisme Pelarasan Sempadan Karbon (CBAM) yang pertama kali diadakan bagi meneroka potensi mekanisme itu dalam usaha merevolusi amalan perindustrian mampan.

CAAM Harus Perkukuhkan Keupayaan Untuk Tangani Cabaran Penerbangan Global - Timbalan Menteri

KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) harus terus meningkatkan keupayaannya untuk menambah baik dari segi keselamatan dan kapasiti, memastikan ia dapat menghadapi cabaran serantau dan global yang muncul.

Malaysia-Brazil Bekerjasama Rebut Peluang Pasaran Halal Bernilai US$3 Trilion - Timbalan Menteri

KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Malaysia dan Brazil akan meningkatkan kerjasama untuk memanfaatkan pasaran halal global yang dijangka menjana US$3 trilion (US$1=RM4.253) pada tahun depan, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Arthur Joseph Kurup.

Malaysia Capai 43 Peratus Daripada Petunjuk SDG, Jauh Lepasi Purata Dunia - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Malaysia mencapai 43 peratus daripada keseluruhan 248 petunjuk terkini Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) jauh mengatasi purata dunia pada 17 peratus, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malaysia Capai 43 Peratus Petunjuk SDG, Jauh Lepasi Purata Dunia - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 17 Sept  (Bernama) -- Malaysia mencapai 43 peratus daripada keseluruhan 248 petunjuk terkini Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) jauh mengatasi purata dunia pada 17 peratus, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kemajuan Agenda Pembangunan Mampan 2030 Perlu Disemak Seiring Pertumbuhan Ekonomi - Hanifah Hajar

KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Kemajuan negara dalam menuju Agenda Pembangunan Mampan 2030 perlu disemak seiring dengan pertumbuhan ekonomi Malaysia, kata Timbalan Menteri Ekonomi Datuk Hanifah Hajar Taib.

PKS Jerman Mahu Teroka Peluang Kerjasama Baharu Dengan Malaysia

KUALA LUMPUR, 15 Sept (Bernama) -- Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Persekutuan Jerman (BVMW) berhasrat meneroka peluang kerjasama baharu dengan Malaysia, sejajar kepentingan negara ini sebagai rakan dagang utama Jerman di ASEAN.