Terdapat 1642 berita berdasarkan kata kunci carian " apr"

Perpaduan ASEAN Penting Untuk Harungi Badai Tarif AS - Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- Perpaduan dalam kalangan anggota ASEAN akan menentukan kejayaan sepuluh negara anggota itu dalam mengharungi badai tarif AS yang telah menjejaskan rantau ini, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Susulan Ketegangan Dagangan Global

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini susulan ketegangan perdagangan global yang berterusan di antara Amerika Syarikat (AS) dengan rakan dagangan utamanya.

FBM KLCI Ditutup Hampir Tidak Berubah Berikutan Sentimen Berhati-hati

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mengakhiri kenaikan terdahulu apabila ditutup rendah sedikit pada Selasa selepas aktiviti belian saham semasa harga rendah yang sederhana, diimbangi oleh sentimen berhati-hati mengenai ketidaktentuan global yang berterusan.

ECRL Selesai Pengorekan 38 Terowong Lebih Awal Dari Jadual

KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) telah menyelesaikan kerja-kerja pengorekan 38 terowong di sepanjang jajaran rel setakat ini, berikutan dua kejayaan di Selangor awal minggu ini.

Ringgit Terus Alami Penurunan Berbanding Dolar AS Susulan Kebimbangan Kadar Tarif

KUALA LUMPUR, 8 April -- Ringgit terus ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) berikutan terjejas oleh kebimbangan pasaran yang berlarutan terhadap kadar tarif Presiden AS Donald Trump.

Tengku Zafrul Akan Ketuai Delegasi Malaysia Ke Washington Bincang Isu Tarif

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz akan mengetuai delegasi Malaysia ke Washington hujung bulan ini untuk membincangkan tarif timbal balik yang dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS) ke atas Malaysia.

Megah Port Sahkan Komitmen Kecekapan, Kukuh Hubungan Dengan Lembaga Pelabuhan Labuan

Oleh Jailani Hasan

LABUAN, 8 April (Bernama) -- Pengendali pelabuhan kontena Labuan Megah Port Management Sdn Bhd (MPM) mengesahkan komitmen untuk memberikan perkhidmatan pengendalian kargo yang cekap dan berkualiti tinggi di samping bekerjasama erat dengan rakan kawal selianya Lembaga Pelabuhan Labuan (LPA).

Bank Pusat Malaysia, Kemboja Lancar Fasa Kedua Pembayaran QR Rentas Sempadan

Oleh Muhammad Faiz Baharin

KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) dan National Bank of Cambodia  melancarkan fasa kedua pembayaran QR rentas sempadan yang akan membolehkan pengguna dan peniaga di kedua-dua negara membuat dan menerima pembayaran segera daripada institusi kewangan menyertainya.

Pasaran Getah Tempatan Ditutup Rendah Seiring Negara Serantau

KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup lebih rendah pada Selasa seiring penurunan negara serantau berikutan sentimen global yang dipengaruhi kebimbangan mengenai keputusan kadar tarif Amerika Syarikat (AS) dan perang dagangan yang semakin meningkat, kata seorang peniaga.

Pasaran Semikonduktor ASEAN Berpotensi Cecah Lebih US$52 Bilion Menjelang 2032 -- Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) --  Pasaran semikonduktor ASEAN berpotensi mencecah lebih US$52 bilion (US$1=RM4.49) menjelang 2032 sekiranya usaha ditumpukan kepada meningkatkan rantaian nilai, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Kumpulan PHB Umum Agihan Pendapatan Interim 2.50 Sen Bagi AHB

KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- Pelaburan Hartanah Bhd (PHB) dan PHB Asset Management Bhd (PHBAM) mengumumkan agihan pendapatan interim 2.50 sen seunit untuk unit amanah patuh syariahnya, Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) bagi tempoh enam bulan berakhir 31 Mac, 2025.

Rizab Antarabangsa BNM Berjumlah US$117.5 Bilion Pada 28 Mac, 2025

KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- Rizab antarabangsa Malaysia berjumlah US$117.50 bilion pada 28 Mac, 2025 berbanding US$118.0 bilion pada 14 Mac, 2025, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).