1tahun ago
KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa, walaupun permintaan terhadap mata wang selamat meningkat berikutan ketidaktentuan ekonomi global yang berterusan dan risiko geopolitik tinggi, kata penganalisis.
1tahun ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Majlis Perancangan Kewangan Malaysia (MFPC) menggesa pemegang polisi insurans yang terkesan supaya tidak menamatkan polisi masing-masing susulan pelarasan premium selepas Bank Negara Malaysia (BNM) memperkenalkan langkah sementara untuk mengawal premium insurans/takaful perubatan dan kesihatan (MHIT).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 27 Dis (Bernama) -- Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah mengenakan tindakan celaan terhadap Bybit Technology Limited (sebelum ini dikenali sebagai Bybit Fintech Limited) (Bybit) dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Ben Zhou (Yuchen Zhou) kerana mengendalikan pertukaran aset digital (DAX) di Malaysia tanpa pendaftaran.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 24 Dis (Bernama) -- Cadangan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk memansuhkan kadar faedah rata untuk mengira pembiayaan peribadi dilihat sebagai langkah penting ke arah menambah baik kesihatan kewangan isi rumah, kata seorang ahli ekonomi.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 24 Dis (Bernama) -- Permodalan Nasional Bhd (PNB) kekal optimis mengenai prospek ekonomi Malaysia dan bursa tempatan pada tahun depan, antara lain didorong oleh dasar ekonomi yang jelas dan aliran masuk pelaburan langsung asing (FDI) yang berterusan.
1tahun ago
SEPANG, 23 Dis (Bernama) -- Capital A Bhd dijangka keluar daripada status Nota Amalan 17 (PN17) menjelang suku pertama tahun depan selepas menyerahkan cadangan pelan regularisasinya kepada Bursa Malaysia Securities Bhd hari ini.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia Securities Bhd mengemas kini keperluan pelaporan kemampanannya dalam keperluan penyenaraian Pasaran Utama dan Pasaran ACE untuk diselaraskan dengan Rangka Kerja Pelaporan Kemampanan Nasional (NSRF).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 20 Dis (Bernama) -- Pengukuhan berterusan ekonomi ASEAN dalam dekad lepas mempamerkan daya tahan sebenar rantau ini, ditambah pula dengan prospek ekonomi yang menjanjikan potensi, disokong oleh lokasi strategik, ekonomi yang pelbagai, dan komitmen terhadap integrasi serantau.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) -- Perbadanan Kewangan Antarabangsa (IFC) dan sebuah konsortium yang terdiri daripada enam institusi kewangan antarabangsa komited menyediakan lebih US$900 juta (US$1 = RM4.50) dalam pembiayaan kepada kampus pusat data hiperskala Yondr Group di Malaysia, menurut Kumpulan Bank Dunia.
1tahun ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) -- Kerajaan perlu meningkatkan usaha membendung scam atau penipuan kewangan secara dalam talian, yang sekiranya tidak dikawal akan menjejaskan perdagangan, pelancongan, keyakinan pelabur serta keinginan Malaysia untuk muncul sebagai destinasi pelaburan utama.
1tahun ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 22 Dis (Bernama) -- Penilaian terhadap prestasi industri insurans pada 2024 pastinya perlu mengambil kira maklum balas negatif yang diterima industri insurans dan takaful selepas mengumumkan kenaikan mendadak premium insurans perubatan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 20 Dis (Bernama) -- Langkah Bank Negara Malaysia (BNM) mengawal selia kenaikan premium insurans dan takaful perubatan dan kesihatan (MHIT) adalah intervensi jangka pendek agar rakyat tidak terbeban dengan inflasi yang mendadak.