BERITA TERKINI   Tanah depot LRT di Pulau Silikon hampir siap ditambak, bakal diserahkan kepada MRT Corp Mei ini - Ketua Menteri Pulau Pinang | Pengeluaran LNG besar-besaran di Kanada, Australia menyokong bekalan untuk Malaysia - PM Anwar | Malaysia giat meneroka peluang dalam sektor LNG dengan Türkiye - PM Anwar | Bekalan tenaga Malaysia mencukupi sehingga Jun walaupun mungkin terdapat gangguan pada harga - PM Anwar | Tahap saling kebergantungan dua hala dan pelbagai hala yang kukuh adalah antara asas bagi kelangsungan hidup negara - PM Anwar | 

Terdapat 1190 berita berdasarkan kata kunci carian "tekanan"

Ringgit Dijangka Didagangkan Dalam Julat 4.42 Hingga 4.44 Berbanding Dolar AS Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 30 Nov (Bernama) -- Ringgit dijangka didagangkan dalam julat 4.4275 hingga 4.4475 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan, dengan sedikit kecenderungan meningkat, didorong jangkaan pengurangan kadar faedah AS pada Disember.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah, Dipengaruhi Kaunter Utiliti, Logistik

Oleh Nurul Jannah Kamaruddin

KUALA LUMPUR, 29 Nov (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah pada Jumaat, berikutan penjualan saham wajaran tinggi terpilih yang meningkat semasa jam terakhir dagangan, terutama di kaunter utiliti dan logistik.

Tiada Petunjuk Baharu, Prospek Dasar AS Asak Bursa Malaysia Susut Pada Dagangan Awal

Oleh Nurul Jannah Kamaruddin

KUALA LUMPUR, 29 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan aliran penurunan pada Jumaat, didorong oleh kekurangan petunjuk baharu Wall Street selain kebimbangan ketara berkaitan ketidaktentuan dasar Amerika Syarikat (AS).

Untung Bersih Alliance Bank Meningkat Kepada RM189.91 Juta Bagi Suku Kedua

KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- Alliance Bank Malaysia Bhd (Alliance Bank) mencatatkan keuntungan bersih lebih tinggi sebanyak RM189.91 juta pada suku kedua tahun kewangan berakhir Mac 2025 berbanding RM185.33 juta bagi suku sama tahun lepas.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Susulan Aktiviti Pengambilan Untung Saham Perladangan

KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi sedikit pada Rabu apabila saham utiliti membantu menyeimbangkan tekanan jualan dalam saham sektor perladangan. 

TM Penerima Manfaat Kepesatan Pasaran IT, 5G Kedua

KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Public Investment Bank Bhd (PIVB) menyifatkan Telekom Malaysia Bhd (TM) sebagai antara penerima manfaat daripada kepesatan teknologi maklumat (IT) susulan jangkaan peningkatan permintaan syarikat-syarikat awan dan internet selain jaringan kabel dasar laut global.

Greenflation: Kenaikan Kos Peralihan Ke Arah Kemampanan Jejas Ekonomi, PKS

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Bank Negara Malaysia berkata peralihan ke arah ekonomi hijau, di samping mengatasi cabaran perubahan iklim membawa kepada peningkatan kos, atau 'greenflation', yang menjejaskan kalangan perniagaan dan pengguna dengan ketara.

IHH, Petronas Dagangan Dorong FBM KLCI Kekal Di Atas Paras 1,600

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- IHH dan Petronas Dagangan terus menyokong indeks utama Bursa Malaysia di atas paras 1,600 semasa akhir dagangan sesi pagi pada Selasa, walaupun dalam keadaan penjualan saham bermodal sederhana yang menyebabkan keseluruhan pasaran tidak menentu.

KPJ Healthcare Catat Sejarah Perolehan Tertinggi Lepasi RM1 Bilion Pada Suku Ketiga

KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- KPJ Healthcare Berhad (KPJ Healthcare) mencatat sejarah dengan merekodkan perolehan suku tahunan tertinggi iaitu sebanyak RM1.032 bilion pada suku ketiga berakhir 30 Sept, 2024.

Bursa Malaysia Kekal Momentum Peningkatan Pada Akhir Dagangan

Oleh Zarul Effendi Razali

KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia mengekalkan momentum peningkatannya pada akhir dagangan Isnin, didorong oleh pembelian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih yang diterajui oleh kaunter perkhidmatan kewangan dalam persekitaran prestasi kebanyakannya memberangsangkan di bursa serantau.

Niaga Hadapan Emas Dijangka Kekal Meningkat Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka mengekalkan momentum kenaikannya minggu hadapan sewaktu konflik Rusia-Ukraine berterusan, kata seorang penganalisis. 

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 22 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri minggu ini dengan prestasi tinggi pada Jumaat, didorong oleh pembelian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih yang diterajui Tenaga Nasional dalam persekitaran prestasi yang kebanyakannya optimis di bursa saham serantau.