Terdapat 308 berita berdasarkan kata kunci carian "semakan"

Pelabur Asing Kembali Sebagai Pembeli Bersih US$996 Juta Ekuiti Asia, Taiwan Tertinggi - MBSB

KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Pelabur asing muncul semula sebagai pembeli bersih di pasaran Asia pada minggu lepas dengan mencatat jumlah US$996 juta (US$1=RM4.23) berbanding aliran keluar pada minggu sebelumnya manakala Taiwan mencatat angka belian tertinggi di rantau ini.

KPDN Cadang Perkenal Undang-undang Baharu Kawal Selia e-Dagang

KOTA KINABALU, 9 Ogos (Bernama) -- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mencadangkan agar satu undang-undang baharu digubal khususnya untuk mengawal selia e-dagang bagi memastikan ia lebih tersusun dan efektif di peringkat nasional.

Impak Tarif Tidak Dijangka Cetus Kemelesetan, Namun Pertumbuhan Mungkin Perlahan - Tengku Zafrul

Daripada Norsyafawati Ab Wahab

OSAKA (Jepun), 8 Ogos (Bernama) -- Malaysia dijangka mencatatkan pertumbuhan ekonomi yang lebih perlahan susulan daripada pelaksanaan tarif oleh Amerika Syarikat (AS), kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Kerajaan Sedang Pertimbang Naikkan Cukai Tembakau -- PM Anwar

PUTRAJAYA, 7 Ogos  (Bernama) -- Kerajaan sedang mempertimbangkan cadangan bagi menaikkan kadar cukai tembakau yang juga sejajar dengan komitmen kerajaan bagi pembaharuan kesihatan awam dan fiskal, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Eksport Semikonduktor Malaysia Ke AS Masih Dikecualikan Tarif Timbal Balas - Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Bernama) -- Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz mengulangi bahawa eksport semikonduktor Malaysia ke Amerika Syarikat (AS) setakat ini masih dikecualikan daripada tarif timbal balas AS.

Kerajaan Akan Umum Skim Baharu Program Pemeteran Tenaga Bersih

KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Kerajaan sedang mengkaji semula program Pemeteran Tenaga Bersih (NEM) dan dijangka mengumumkan skim baharu pada bulan ini, sejajar dengan semakan semula struktur tarif elektrik bagi memastikan pengagihan subsidi  lebih adil.

CAAM, Boeing Bekerjasama Untuk Pertingkat Pengurusan Trafik Di KLIA

PUTRAJAYA, 5 Ogos (Bernama) -- Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dan syarikat aeroangkasa global, Boeing telah bekerjasama untuk menjadikan operasi trafik udara lebih cekap di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

N. Sembilan Jangka REE Beri Sumbangan Besar Pada Hasil Negeri Mulai 2027 - Aminuddin

SEREMBAN, 4 Ogos (Bernama) -- Kerajaan Negeri Sembilan menjangkakan unsur nadir bumi (REE) di negeri ini bakal memberi sumbangan besar kepada hasil negeri bermula 2027, demikian Persidangan Dewan Undangan Negeri Sembilan diberitahu hari ini.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia merosot daripada kenaikan minggu lepas untuk dibuka rendah pada Isnin, sejajar dengan penurunan di Wall Street pada Jumaat lepas berikutan kebimbangan pelabur terhadap data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang lemah dan impak daripada perang tarif Presiden AS Donald Trump.

Pengawal Selia Perlu Berintegriti, Permudah Usaha Kembang Pasaran Modal -- SC

KUALA LUMPUR, Aug 3 (Bernama) -- Kalangan pengawal selia pasaran perlu berintegriti selain memudah cara usaha penciptaan nilai, membangunkan pasaran modal serta menangani cabaran masa depan.

Malaysia Pertahan Dasar Kewangan, Perolehan Dan Bumiputera Berikutan Penurunan Tarif Eksport AS

KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) -- Kerajaan kekal tegas dalam perkara berkaitan dasar dalam sistem kewangan, perolehan kerajaan dan kepentingan Bumiputera semasa rundingan dengan Amerika Syarikat (AS) mengenai tarif timbal balik.

Sektor Semikonduktor, Farmaseutikal Dikecualikan Tarif AS Setakat Ini - Tengku Zafrul 

KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) -- Eksport semikonduktor dan farmaseutikal Malaysia ke Amerika Syarikat (AS) dikecualikan daripada tarif 19 peratus dikenakan oleh Washington setakat ini, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.