Terdapat 145 berita berdasarkan kata kunci carian "mohd uzir"

Inflasi Malaysia Kekal 1.7 Peratus Pada Januari 2025

KUALA LUMPUR, 21 Feb (Bernama) -- Kadar inflasi Malaysia kekal 1.7 peratus pada Januari 2025, dengan mata indeks berada pada 133.6 berbanding 131.4 pada bulan yang sama tahun lepas, kata Jabatan Perangkaan Malaysia.

Pengeluaran Getah Asli Malaysia Turun 5.1 Peratus Kepada 38,299 Tan Pada Disember

KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- Pengeluaran getah asli Malaysia turun 5.1 peratus kepada 38,299 tan metrik pada Disember 2024 daripada 40,341 tan metrik pada November 2024, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Sektor Perkhidmatan Naik 6.3 Peratus, Catat Hasil Tertinggi Baharu RM2.4 Trilion Pada 2024

KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Sektor perkhidmatan Malaysia mencatatkan peningkatan hasil sebanyak 6.3 peratus kepada RM2.4 trilion pada 2024 berbanding RM2.3 trilion pada tahun sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) hari ini.

Perdagangan Borong Dan Runcit Naik 5.5 Peratus Kepada RM1.77 Trilion - Perangkaan

KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Perdagangan borong dan runcit Malaysia merekodkan nilai jualan sebanyak RM1.77 trilion pada 2024 selepas mencatatkan RM152.2 bilion pada Disember, naik 5.5 peratus dari tahun ke tahun, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).

Nilai Kerja Pembinaan Malaysia Capai 20.2 Peratus Pada 2024 Berjumlah RM158.8 Bilion

KUALA LUMPUR, 10 Feb (Bernama) -- Nilai kerja pembinaan yang dilakukan di Malaysia pada 2024 meningkat sebanyak 20.2 peratus kepada RM158.8 bilion, kata Jabatan Perangkaan Malaysia.

Permintaan Tenaga Buruh Meningkat 70.4 Peratus, Kadar Pengangguran Turun 3.3 Peratus Pada 2024 - DOSM

PUTRAJAYA, 10 Feb (Bernama) -- Kadar penyertaan tenaga buruh (KPTB) pada tahun 2024 meningkat kepada 70.4 peratus berbanding 70 peratus pada tahun sebelumnya, menurut Statistik Tenaga Buruh, Malaysia, Disember dan Suku Tahun Keempat 2024.

Indeks Pengeluaran Perindustrian Naik 4.6 Peratus Pada Disember 2024

KUALA LUMPUR, 7 Feb (Bernama) -- Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) Malaysia meningkat sebanyak 4.6 peratus bagi Disember 2024, dipacu oleh pengembangan dalam kesemua sektor, kata Jabatan Perangkaan (DOSM).

Harga Eksport, Import Malaysia Meningkat Pada Disember 2024 - Jabatan Perangkaan

KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Harga eksport Malaysia pada Disember 2024 meningkat 1.1 peratus kepada 150.7 mata berbanding 149.1 mata dalam bulan sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan.

Indeks Harga Pengeluar Malaysia Meningkat 0.5 Peratus Pada Disember 2024

KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Indeks Harga Pengeluar Malaysia (IHPR) yang mengukur perubahan harga di peringkat pengeluar, meningkat secara perlahan pada 0.5 peratus tahun ke tahun bagi  Disember 2024 selepas susut 0.4 peratus pada bulan sebelumnya.

Pulau Pinang Kekal Pengeksport Utama Bagi Disember 2024 - Jabatan Perangkaan

KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Pulau Pinang kekal sebagai pengeksport utama dengan menyumbang sebanyak 38.0 peratus daripada jumlah eksport negara, demikian menurut data terkini Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Inflasi Malaysia Sederhana Kepada 1.7 Peratus Pada Disember 2024 - Jabatan Perangkaan

KUALA LUMPUR 22 Jan (Bernama) -- Kadar inflasi Malaysia menyederhana kepada 1.7 peratus pada Disember 2024 dengan mata indeks mencatatkan 133.4 berbanding 131.2 pada bulan yang sama tahun sebelumnya, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

KDNK 2024 Malaysia Dijangka Cecah 5.1 Peratus Berbanding 3.6 Peratus Pada 2023

KUALA LUMPUR, 17 Jan (Bernama) -- Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia dijangka berkembang pada 5.1 peratus pada 2024 berbanding 3.6 peratus pada tahun sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).