BERITA TERKINI   Isu jajaran sempadan: Boleh berbeza pendapat, namun jangan singgung perasaan Indonesia yang berusaha jalin hubungan baik, akrab dengan Malaysia - PM Anwar | Isu jajaran sempadan Malaysia-Indonesia: PM Anwar bantah keras tuduhan, fitnah dakwa kerajaan khianat negara | Isu jajaran sempadan Malaysia-Indonesia: Penentuan sempadan darat berdasarkan dua konvensyen, satu perjanjian persempadanan - PM Anwar | Isu jajaran sempadan: PM Anwar tegaskan penentuan persempadanan Malaysia-Indonesia tidak bersandarkan prinsip pampasan, timbal balik atau untung rugi | Isu jajaran sempadan: Dakwaan kononnya kerajaan Malaysia serahkan 5,207 hektar tanah kepada Indonesia tidak benar, satu penipuan - PM Anwar | 

Terdapat 195 berita berdasarkan kata kunci carian " pertumbuhan mampan"

EXIM Bank Akan Sokong Pengembangan Mac World Ke Pasaran Majlis Kerjasama Teluk

KUALA LUMPUR, 22 Mei (Bernama) -- Export-Import Bank of Malaysia Bhd (EXIM Bank) memeterai perjanjian pembiayaan dengan Mac World Food Industries LLC, anak syarikat Mac World Group, untuk menyokong pengembangannya ke pasaran Majlis Kerjasama Teluk (GCC).

Delegasi Malaysia Di China Sasar Peluang Baharu Dalam Pasaran Minyak Sawit

KUALA LUMPUR, 18 Mei (Bernama) -- Malaysia sedang mengukuhkan hubungan perdagangan strategiknya dengan China menerusi lawatan rasmi selama seminggu diketuai Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Chan Foong Hin, menyasarkan pasaran baharu berpotensi bagi minyak sawit dan mempromosikan inovasi dalam produk hiliran.

Permintaan Buruh Malaysia Terus Berkembang 1.4 Peratus Pada ST1 2025 - DOSM

PUTRAJAYA, 15 Mei (Bernama) -- Permintaan buruh Malaysia terus berkembang sebanyak 1.4 peratus pada suku tahun pertama (ST1) tahun ini dengan mencatatkan 9.06 juta jawatan berbanding 8.94 juta pada suku sama tahun lepas, menurut Statistik Guna Tenaga, Suku Tahun Pertama 2025 yang diterbitkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) hari ini.

ICW Borneo 2025 Rintis Masa Depan Pembinaan ASEAN

KUCHING, 13 Mei (Bernama) -- Minggu Pembinaan Antarabangsa (ICW) Borneo 2025 dilancarkan secara rasmi hari ini di Pusat Konvensyen Borneo, Kuching, menandakan pencapaian utama Malaysia Timur dan rantau ASEAN ketika Malaysia bakal memegang peranan sebagai Pengerusi ASEAN.

Abang Johari Puji Peranan Rimbunan Hijau Group Bangunkan Sarawak

SIBU, 13 Mei (Bernama) -- Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg memuji sumbangan berterusan Rimbunan Hijau Group (RH Group) kepada ekonomi negeri dan negara serta penjajaran kukuhnya dengan wawasan Sarawak untuk pertumbuhan mampan dan inklusif.

Malaysia Utamakan Isu Didorong AI Perdagangan Mampan Pada Mesyuarat APEC Di Jeju

KUALA LUMPUR, 12 Mei (Bernama) -- Malaysia akan menyertai rakan serantau dan global minggu ini dalam Mesyuarat Menteri-Menteri Bertanggungjawab Mengenai Perdagangan (MRT) Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (AOEC) kali ke-31 di Jeju, Korea Selatan, dengan kecerdasan buatan (AI) dan demografik menjadi antara tumpuan utama.

MPOGCF, SOP Meterai MoU Pulihara Sawit Dan Biodiversiti Mampan

MIRI, 9 Mei (Bernama) -- Yayasan Pemuliharaan Hijau Minyak Sawit Malaysia (MPOGCF) dan Sarawak Oil Palms Bhd (SOP) telah memuktamadkan kerjasama penting menerusi pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) yang turut menandakan pencapaian dalam integrasi pemuliharaan biodiversiti sektor  sawit Malaysia.

Maybank Lantik Shafiq Abdul Jabbar Sebagai Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan

KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Malayan Banking Bhd (Maybank) melantik Shafiq Abdul Jabbar sebagai Ketua Pegawai Kewangan (CFO) Kumpulan berkuat kuasa 7 Julai, 2025.

Malaysia Raih Manfaat Dalam Unsur Nadir Bumi Di Sebalik Perang Perdagangan AS Dan China - MOSTI

BANGI, 24 April (Bernama) -- Malaysia meletakkan dirinya untuk menjadi pemain utama dalam rantaian nilai unsur nadir bumi (REE) dalam persekitaran perubahan landskap geopolitik dan perang perdagangan yang berlanjutan antara Amerika Syarikat dan China.

CIMB Komited Sediakan RM10 Bilion, Pacu Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura

KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- CIMB Group Holdings Bhd (CIMB) komited menyediakan kemudahan pembiayaan RM10 bilion untuk memacu integrasi ekonomi dan membuka peluang rentas sempadan di Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).

Forum Perniagaan Dan Pelaburan JS-SEZ Bermula Esok, Ketengah Potensi

JOHOR BAHRU, 20 April (Bernama) -- Forum Perniagaan dan Pelaburan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) selama dua hari akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor di sini, esok dengan tema "JS-SEZ: Merapatkan Ekonomi, Memperkukuh Rantaian Bekalan."

Bina Puri Lantik Marcus Goh Sebagai GCEO, Mohd Kamarudin Sebagai Pengarah Bukan Eksekutif

KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama) -- Bina Puri Holdings Bhd telah melantik Marcus Goh Kee Lun sebagai pengarah eksekutif merangkap ketua pegawai eksekutif kumpulan (GCEO) manakala Datuk Seri Mohd Kamarudin Md Din sebagai pengarah bukan eksekutif bebas.