9bulan ago
PUTRAJAYA, 21 Mei (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan keutamaan untuk pembaharuan ekonomi domestik terlebih dahulu sebelum memperluas kerjasama melalui ASEAN dan rakan utama seperti China, India, Pakistan serta memperkukuh hubungan dengan Kesatuan Eropah (EU) dalam menangani kesan perubahan dasar tarif Amerika Syarikat (AS).
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) bekerja keras untuk menarik lebih banyak pelaburan berkualiti terutamanya dalam sektor strategik seperti elektrik dan elektronik (E&E), kata Menterinya Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) -- Sapura Industrial Bhd (SIB) melalui anak syarikat milik penuhnya, SIB Ventures Sdn Bhd menjalin usaha sama bersama syarikat berpangkalan di China, Zhejiang Zhongze Precision Technology Co Ltd.
9bulan ago
GEORGE TOWN, 19 Mei (Bernama) -- Pulau Pinang menerusi agensi pelaburan negeri, Invest Penang aktif menjalankan misi pelaburan dan perdagangan ke negara-negara asing bagi mengurangkan impak kenaikan tarif Amerika Syarikat (AS) kepada ekonomi negeri.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Mei (BERNAMA) -- Peneraju air mineral beroksigen tempatan, Bubbles O2 Sdn Bhd merancang untuk menembusi pasaran rantau Timur Tengah dan Afrika Utara (MENA) serta ASEAN, dikenal pasti mempunyai jurang signifikan dalam penawaran produk halal.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- Pertumbuhan ekonomi di seluruh rantau Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) dijangka sederhana iaitu sebanyak 2.6 peratus pada 2025 dan 2.7 peratus menjelang 2026, menandakan penurunan yang ketara berbanding 3.6 peratus yang dicatatkan semasa 2024, menurut laporan terbaharu oleh Unit Sokongan Dasar APEC.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Mei (Bernama) -- Ekspo “WE2025: Future in Motion -- Women in Trade. Leadership. Investment.”, yang akan diadakan dari 25 hingga 27 Nov, 2025, menyasar untuk menjana potensi perdagangan dan peluang pelaburan bernilai RM100 juta, menurut Qube Integrated Malaysia Sdn Bhd.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Export-Import Bank of Malaysia Bhd (EXIM Bank) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Marrybrown Sdn Bhd untuk menjadi penyokong utama dalam pengembangan rangkaian makanan segera halal Malaysia ke Australia.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) mengembangkan eksport Malaysia di pasaran sedang pesat membangun susulan peruntukan RM50 juta kerajaan untuk strategi pempelbagaian perdagangan globalnya.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Kebanyakan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Malaysia masih ketinggalan berbanding syarikat besar dalam perjalanan pendigitalan mereka, kata Menteri Digital Gobind Singh Deo.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Malaysia akan terus memberi fokus kepada pasaran baharu di samping meneroka pasaran bukan tradisional bagi memastikan kepentingan ekonomi dan perdagangan negara kekal kukuh, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
9bulan ago
SHAH ALAM, 5 Mei (Bernama) -- Kerajaan komited untuk melindungi ekonomi negara menerusi pendekatan pantas, cekap dan kreatif dalam usaha menangani ketidaktentuan tarif yang dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS), kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.