5bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Malayan Banking Bhd (Maybank) mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM10.09 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2024, meningkat 7.9 peratus berbanding RM9.35 bilion yang direkodkan pada tahun kewangan 2023.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Keuntungan bersih Telekom Malaysia Bhd (TM) melonjak 7.8 peratus kepada RM2.01 bilion untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember berbanding RM1.87 bilion yang dicatatkan pada tahun sebelum ini berikutan kos kewangan bersih yang lebih rendah dan pengiktirafan baki kredit cukai satu kali.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Keuntungan bersih Affin Bank Bhd meningkat 26.7 peratus kepada RM509.70 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2024 daripada RM402.19 juta pada tahun sebelum itu didorong oleh pendapatan yang lebih tinggi serta hapus kira kerugian rosot nilai kredit yang lebih tinggi sebanyak RM229.6 juta.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Keuntungan bersih Petroliam Nasional Bhd (Petronas) susut 32 peratus kepada RM55.1 bilion pada tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2024, daripada RM80.7 bilion pada tahun kewangan 2023.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- Keuntungan bersih 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd (99 Holdings) meningkat 22.5 peratus kepada RM490.26 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2024 daripada RM400.22 juta pada tahun kewangan 2023, seiring dengan peningkatan perolehan dan pendapatan operasi lain.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- Keuntungan bersih UOA Development Bhd bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2024 melonjak kepada RM287.30 juta daripada RM279.55 juta pada tahun kewangan 2023.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- MSM Malaysia Holdings Bhd (MSM) mencatatkan keuntungan bersih RM31.25 juta pada tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2024 (TK2024) berbanding kerugian bersih RM49.88 juta pada tahun kewangan 2023.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- Sime Darby Bhd (Sime Darby) mencatatkan keuntungan bersih RM305 juta pada suku kedua berakhir 31 Dis, 2024 (FY2025) berbanding RM2.28 bilion pada suku kedua FY2024.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Feb (Bernama) -- Keuntungan bersih Petronas Chemicals Group Bhd (PCG) susut kepada RM1.175 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2024 daripada RM1.696 bilion pada tahun sebelumnya.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Feb (Bernama) -- Petronas Gas Bhd (PGB) merekodkan keuntungan bersih lebih tinggi iaitu RM1.84 bilion pada tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2024 (FY2024) berbanding RM1.82 bilion bagi tempoh yang sama pada tahun sebelumnya.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Feb (Bernama) -- Malakoff Corporation Bhd kembali mencatatkan keuntungan bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2024 dengan keuntungan bersih RM268.69 juta berbanding kerugian bersih RM837.16 juta pada tahun kewangan 2023.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) -- Sunway Construction Group Bhd (SunCon) mencatatkan keuntungan bersih lebih tinggi iaitu RM186.91 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2024 berbanding RM145.11 juta bagi tahun kewangan 2023.