Terdapat 1624 berita berdasarkan kata kunci carian " indeks"

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 4 Dis (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) pada susut awal dagangan hari ini.

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Seiring Pemulihan Wall Street

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 4 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka meningkat hari ini dipacu oleh aktiviti memburu saham berharga rendah dan menjejaki pemulihan semalaman Wall Street berikutan jangkaan pelonggaran dasar monetari Amerika Syarikat (AS) pada minggu depan.

Ringgit Terus Mengukuh, Dibuka Pada 4.11 Berbanding Dolar AS

Oleh Karina Imran dan Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 4 Dis (Bernama) -- Ringgit memulakan urus niaga Khamis dengan lebih mengukuh pada paras RM4.11 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), didorong oleh peningkatan persepsi terhadap pelonggaran dasar monetari negara maju itu minggu depan.

Aktiviti Ambil Untung Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri momentum peningkatannya selama dua hari berturut-turut apabila ditutup rendah hari ini ketika pelabur mengambil untung di tengah-tengah sentimen berhati-hati, sekali gus memaparkan prestasi penyusutan pasaran serantau.

ASEAN Mesti Selaras Peraturan Untuk Kekal Daya Saing Yang Mampan -- Setiausaha Agung ASEAN

KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- ASEAN mesti menyelaraskan peraturan, mempercepatkan pelaksanaan Perjanjian Perdagangan Barangan ASEAN (ATIGA) serta menyelaraskan piawaian digital dan kemampanan bagi memaksimumkan potensi Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital ASEAN (DEFA) untuk menjamin daya saing yang mampan.

Bursa Malaysia Susut Pada Tengah Hari Susulan Aktiviti Pengambilan Untung

KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia menyusut semasa mengakhiri sesi dagangan pagi ini berikutan aktiviti pengambilan untung dalam saham wajaran tinggi terpilih, diterajui oleh perkhidmatan kewangan, produk dan perkhidmatan perindustrian, serta sektor telekomunikasi dan media.

Niaga Hadapan KLCI Tinggi Pada Sesi Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka tinggi pada sesi awal dagangan Rabu.

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Seiring Prestasi Wall Street

KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan dagangan Rabu dengan lebih positif, menjejaki peningkatan semalaman Wall Street ketika sentimen dipacu oleh pemulihan minat terhadap aset berisiko susulan keuntungan diraih oleh Bitcoin.

Ringgit Dibuka Tinggi Sedikit Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Ringgit dibuka sedikit tinggi berbanding dolar AS pada Rabu apabila para peniaga mengambil pendekatan tunggu dan lihat menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) Amerika Syarikat (AS) yang dijangka lebih cenderung memilih pengurangan kadar faedah, kata seorang ahli ekonomi.

Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Dolar AS, Data AS Lemah Kukuh Jangkaan Penurunan Kadar Fed

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa susulan data pembuatan AS yang lebih lemah berbanding jangkaan, sekali gus mengukuhkan harapan terhadap pengurangan kadar faedahnya minggu depan.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Dipacu Prestasi Pasaran Serantau

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) -- Indeks petunjuk utama Bursa Malaysia mengekalkan momentum peningkatannya namun ditutup rendah sedikit daripada paras tertinggi intra hariannya pada Selasa ketika sentimen pelabur terus pulih susulan pengukuhan di serata pasaran Asia, kata penganalisis.

PMI Malaysia Meningkat Susulan Pesanan Baharu Capai Paras Tertinggi Tiga Tahun

KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) -- Indeks Pengurus Pembelian (PMI) sektor pembuatan Malaysia meningkat kepada 50.1 pada November berbanding 49.5 pada Oktober disokong oleh lonjakan dalam tempahan baharu yang mencecah paras tertinggi dalam tempoh lebih tiga tahun, kata MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB).