BERITA TERKINI   Pegawai kanan ATM Mejar Jen Datuk Mohamed Fauzi Kamis mengaku tidak bersalah lakukan pecah amanah wang TKAT berjumlah RM5 juta | 

Terdapat 160 berita berdasarkan kata kunci carian " hiliran"

Malaysia, China Diminta Segera Iktiraf Piawaian, Pensijilan Untuk Tingkat Kerjasama PKS

KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) -- Kerajaan Malaysia dan China perlu segera mengiktiraf secara bersama piawaian dan pensijilan terutamanya dalam sektor makanan, kosmetik dan produk perubatan, bagi menyelaras proses eksport serta membuka peluang sepenuhnya potensi kerjasama Malaysia-China dalam kalangan perusahan kecil dan sederhana (PKS). 

Pelan Hala Tuju Gas Negara Dalam Proses Akhir Untuk Dimuktamadkan - Rafizi

KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Kementerian Ekonomi dalam proses akhir untuk memuktamadkan Pelan Hala Tuju Gas Negara yang akan dilancarkan tahun ini, kata menterinya Datuk Seri Rafizi Ramli.

Fibromat Sasar Raih RM17.8 Juta Hasil IPO Di Pasaran ACE

PETALING JAYA, 11 April (Bernama) -- Fibromat (M) Bhd, yang bakal disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia menyasarkan untuk mengumpul RM17.8 juta daripada tawaran awam permulaannya (IPO).

Hibiscus Petroleum Raih Pendapatan RM2.7 Bilion Tahun Lepas, Fokus Pertumbuhan Masa Depan

KOTA BHARU, 10 April (Bernama) -- Hibiscus Petroleum Bhd mencatatkan pendapatan sebanyak RM2.7 bilion tahun lepas dengan pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) melebihi RM1 bilion bagi tahun ketiga berturut-turut.

Sabah Catat Jumlah Pelaburan RM6.5 Bilion Tahun Lepas - Tun Musa

KOTA KINABALU, 10 April (Bernama) -- Sabah mencatatkan jumlah pelaburan keseluruhan sebanyak RM6.5 bilion dengan 38.7 peratus daripadanya disumbangkan oleh sektor pembuatan pada tahun lepas, kata Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Musa Aman.

Steel Hawk Jangka Momentum Kukuh Bagi Tahun Kewangan 2025

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Penyedia perkhidmatan minyak dan gas (O&G) Steel Hawk Bhd dijangka mencatat pertumbuhan dua angka bagi pendapatan dan hasil pada tahun kewangan berakhir 31 Dis 2025, kata Pengarah Eksekutif Datuk Sharman K. Michael.

SumiSaujana, MPOB Meterai Perjanjian Kerjasama Bahan Kimia Hijau Berasaskan Sawit

PUTRAJAYA, 7 April (Bernama) -- Pengeluar bahan kimia khusus industri minyak dan gas, SumiSaujana Group Bhd (SumiSaujana) hari ini memeterai perjanjian pelesenan dan pengkomersialan dengan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).

Perkukuh Kepusatan ASEAN Untuk Tangani Kejutan Tarif AS – Profesor Universiti Sunway

KUALA LUMPUR, 6 April (Bernama) -- Di tengah-tengah usaha Amerika Syarikat (AS) membentuk semula sistem perdagangan global untuk manfaatnya sendiri, peranan Malaysia sebagai pengerusi ASEAN bagi 2025 menjadi kritikal dalam meneraju pertumbuhan seterusnya ekonomi blok itu.

FMM, ACCIM Gesa Kerajaan Jalin Kerjasama Berkaitan Tarif Dengan AS

KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Persekutuan Pekilang-pekilang Malaysia (FMM) menggesa kerajaan menjalinkan kerjasama berkaitan tarif dengan Amerika Syarikat (AS) supaya ada pertimbangan semula tarif 24 peratus yang baru dikenakan ke atas eksport Malaysia.

Pendaratan Ikan Tuna Di Pulau Pinang Tingkat Ekonomi, Peluang Besar Industri Hiliran

GEORGE TOWN, 3 April (Bernama) -- Pulau Pinang bukan sahaja terkenal dengan makanan dan pantainya malah ia merupakan satu-satunya negeri yang menjalankan pendaratan ikan tuna di Malaysia dari Lautan Hindi sebelum dieksport ke beberapa negara untuk pasaran antarabangsa.

EPIC Berhasrat Kembangkan Perniagaan Tenaga Boleh Baharu

KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) -- Eastern Pacific Industrial Corporation Bhd (EPIC), anak syarikat kerajaan negeri Terengganu berhasrat mengembangkan perniagaan berkaitan tenaga boleh baharu termasuk pemasangan dan penyelenggaraan projek ladang solar dan solar atas bumbung.

Penggiat OGSE Malaysia Perlu Manfaatkan Kepakaran Peralihan Tenaga Bagi Jangkau Pasaran Pengguna

KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Penggiat tempatan dalam perkhidmatan dan peralatan minyak dan gas (OGSE) perlu memanfaatkan kepakaran peralihan tenaga untuk menjangkau pasaran pengguna hiliran, kata Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli.