BERITA TERKINI   Kerajaan terbuka terima kritikan, perlu sokong usaha bersihkan negara daripada rasuah - PM Anwar  | 

Terdapat 2306 berita berdasarkan kata kunci carian " as "

Maybank IB Unjur FBM KLCI Cecah 1,730 Menjelang Akhir 2026

KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB) mengunjurkan FBM KLCI mencecah paras 1,730 menjelang akhir 2026 di bawah senario realistiknya, manakala berdasarkan senario optimistik indeks utama itu dijangka meningkat kepada 1,850.

Ringgit Dibuka Tinggi Sedikit Susulan Penurunan Hasil Bon AS, Jejaskan Dolar AS

KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis, disokong oleh penurunan hasil Perbendaharaan AS, ia memberi kesan kepada dolar AS ketika pasaran menetapkan harga berikutan pendirian dasar Rizab Persekutuan (Fed) AS yang lebih akomodatif.

Ringgit Ditutup 0.2 Peratus Lebih Kukuh Berbanding Dolar AS

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- Ringgit ditutup 0.2 peratus lebih kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu, disokong oleh aliran masuk portfolio yang mampan ke dalam bon dan ekuiti Malaysia, mencerminkan keyakinan terhadap pertumbuhan permintaan domestik, tetapan dasar yang stabil dan hasil sebenar yang menarik.

Tarif Trump Jadi Tumpuan Menjelang Keputusan Penting Mahkamah Agung

Oleh Norsyafawati Ab Wahab

KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- Kalangan negara di seluruh dunia termasuk Malaysia kini menantikan keputusan penting Mahkamah Agung Amerika Syarikat (AS) berkaitan dengan pengenaan tarif timbal balas oleh Presiden Donald Trump yang akan diumumkan lewat hari ini.

Ringgit Dibuka Rendah Berbanding Dolar AS Tetapi Tinggi Berbanding Mata Wang Utama

KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu tetapi diniagakan tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ringgit Ditutup Tinggi Berikutan Percanggahan Trump-Fed Lemahkan Dolar AS

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Ringgit terus mengukuh berbanding dolar AS pada Selasa ke arah paras RM4.05 ketika menutup dagangan selepas dibuka pada RM4.06, berikutan serangan berterusan pentadbiran Presiden Amerika Syarikat Donald Trump terhadap Rizab Persekutuan (Fed) yang menjejaskan keyakinan pasaran dan melemahkan dolar AS.

Pasaran Getah Ditutup Lebih Rendah

KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup lebih rendah pada Selasa, didorong oleh ringgit yang lebih kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), selain isyarat bercampur-campur daripada pasaran niaga hadapan getah serantau dan harga minyak mentah penanda aras, kata seorang peniaga. 

Ringgit Terus Mengukuh Berbanding Dolar AS Pada Sesi Awal

KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Ringgit meneruskan momentum pengukuhannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) yang lemah pada Selasa di tengah-tengah kebimbangan ketara pasaran terhadap kebebasan Rizab Persekutuan AS (Fed) yang terus ditekan berkaitan pendirian dasar monetarinya.

Ringgit Ditutup Kukuh Berbanding Dolar AS

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 12 Jan (Bernama) -- Ringgit ditutup kukuh berbanding dolar AS hari ini apabila kebimbangan berhubung ura-ura pentadbiran bebas Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) telah menjejaskan dolar Amerika.

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Disokong Trend Menaik Niaga Hadapan Serantau

KUALA LUMPUR, 12 Jan (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Isnin, disokong oleh trend menaik dalam niaga hadapan getah serantau, kata seorang peniaga.

Bursa Malaysia Meningkat Sebelum Akhiri Sesi Pagi, Indeks Utama Naik 0.44 Peratus

KUALA LUMPUR, 12 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan prestasi tinggi pada Isnin, apabila indeks utama meningkat 0.44 peratus susulan sokongan belian terhadap kaunter perbankan dan perladangan.