9bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Capital A Bhd memaklumkaN ia sedang giat meneroka potensi penyenaraian di Bursa Saham Hong Kong (HKEX) sebagai sebahagian daripada strateginya untuk meluaskan akses kepada pasaran modal global dan meletakkan ekosistem perniagaan perkhidmatan digital dan penerbangannya untuk fasa pertumbuhan seterusnya.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Indeks Pengurus Pembelian (PMI) Pembuatan Malaysia susut kepada 48.6 pada April daripada 48.8 pada Mac, apabila pengeluar mengurangkan pembelian, stok bahan mentah dan barang siap berikutan kekurangan pesanan baharu, menurut S&P Global Market Intelligence.
9bulan ago
BATU KAWAN, 2 Mei (Bernama) -- Maxis, penyedia telekomunikasi bersepadu utama di Malaysia hari ini melancarkan secara rasmi pengembangan rangkaian gentian optik berskala besarnya di Pulau Pinang, yang disasar untuk menghubungkan lebih 100,000 rumah di seluruh negeri itu menjelang 2027.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- East Coast Energy (ECE) 2025, sidang kemuncak peralihan tenaga untuk wilayah pantai timur Malaysia yang julung kali diadakan, akan meletakkan Terengganu sebagai hab sedia masa depan untuk peralihan tenaga.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Capital A Bhd berada di landasan untuk menyelesaikan cadangan penyusunan semulanya menjelang Jun 2025 berikutan kemajuan yang dicapai dalam kawal selia, kewangan dan operasi, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Tan Sri Tony Fernandes.
9bulan ago
BEIJING, 2 Mei (Bernama) – Jumlah import durian China dari Malaysia dijangka meningkat antara 15 dan 20 peratus tahun ini, didorong oleh permintaan pengguna yang mampan walaupun berdepan cabaran berkaitan cuaca baru-baru ini Malaysia, kata Dewan Perniagaan dan Industri Malaysia di China (MayCham).
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum dan sekutunya (OPEC+) perlu membuat keputusan penting dalam mesyuarat akan datang pada 5 Mei, 2025, membabitkan penetapan paras pengeluaran minyak mentahnya bagi Jun.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- SD Guthrie Bhd buat pertama kalinya menghantar minyak sawit mampan (CSPO) yang diperakui Rundingan Meja Bulat Minyak Sawit (RSPO) bebas tarif ke United Kingdom di bawah Perjanjian Komprehensif dan Progresif untuk Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP).
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal bercampur-campur pada tengah hari ini dalam dagangan berhati-hati walaupun prestasi menggalakkan dalam pasaran serantau berikutan kenaikan semalaman di Wall Street.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Penyedia perkhidmatan telekomunikasi berpangkalan di Sarawak, Reach Ten Holdings Bhd (Reach Ten) menyasarkan untuk memanfaatkan hasil tawaran awam permulaan (IPO) bagi meningkatkan infrastruktur saluran gentian optiknya kepada 767 kilometer di Sibu, Miri dan Bintulu dalam tempoh tiga tahun.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Kebenaran perancangan telah diberikan untuk fasa pembangunan semula Battersea Power Station yang seterusnya di London, pencapaian penting dalam pembangunan seluas 16.99 hektar (42 ekar) itu.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- UDA Holdings Bhd (UDA) mengumumkan pelantikan Johari Shukri Jamil sebagai presiden/ketua pegawai eksekutif (KPE) berkuat kuasa hari ini bagi menggantikan Mohd Salem Kailany.