1tahun ago
Oleh Anas Abu Hassan
KUALA LUMPUR, 27 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini disebabkan aktiviti belian semasa harga murah yang berterusan dalam persekitaran petunjuk bercampur-campur daripada prestasi semalaman Wall Street, kata seorang penganalisis.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 26 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia mengekalkan momentum positifnya untuk ditutup kukuh hari ini disokong oleh minat belian berterusan di tengah-tengah sentimen positif di seluruh pasaran, kata seorang penganalisis.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 26 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia mengekalkan momentum positif dengan mengakhiri sesi pagi lebih tinggi, disokong oleh aktiviti belian semasa harga rendah yang berterusan, seiring dengan prestasi positif di Wall Street dan pasaran serantau.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 26 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini, mengambil petunjuk daripada prestasi Wall Street yang positif sebelum cuti Krismas, kata penganalisis.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 25 Dis (Bernama) -- Koko dan lada meneruskan prestasi peningkatannya pada 2024, didorong oleh permintaan global yang ketara selain usaha kerajaan dalam melonjakkan pertumbuhan komoditi berkenaan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 25 Dis (Bernama) -- Ketika 2024 hampir menutup tirainya, industri automotif dilihat begitu menyerlah bukan sahaja kerana mencatatkan jualan kenderaan yang lebih baik daripada jangkaan tetapi juga dengan pelancaran kenderaan elektrik (EV) pertama buatan Malaysia yang begitu dinanti-nantikan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 24 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia mengekalkan momentum positifnya dan ditutup lebih tinggi melepasi paras utama psikologi 1,600 pada akhir dagangan Selasa, dipacu oleh belian berterusan dalam saham-saham mewah utiliti dan perindustrian, kata penganalisis.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 24 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia tinggi semasa mengakhiri sesi pagi ini, disokong oleh petunjuk positif daripada Wall Street dan pasaran serantau.
1tahun ago
Oleh Anas Abu Hassan
KUALA LUMPUR, 24 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada ini, menjejaki pergerakan positif prestasi semalaman Wall Street, kata seorang penganalisis.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) -- Indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) bangkit daripada penyusutan dialami pada Jumaat lepas apabila mengakhiri dagangan lebih tinggi pada hari ini, didorong oleh minat belian baharu bagi saham-saham perbankan dan seiring prestasi pasaran serantau yang positif, kata penganalisis.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia bercampur-campur semasa mengakhiri sesi pagi ini, menjejaki prestasi bursa serantau dengan petunjuk positif daripada Wall Street minggu lepas.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) -- Institusi tempatan terus menyokong Bursa Malaysia untuk minggu kesembilan berturut-turut dengan mencatat pembelian ekuiti bersih sebanyak RM1.05 bilion pada minggu lepas, demikian menurut MIDF Research.