BERITA TERKINI   BNM menilai impak ekonomi daripada konflik Asia Barat, yang boleh menjejaskan bekalan minyak dan harga tenaga berikutan situasi itu boleh berlarutan sehingga enam bulan - Abdul Rasheed | Ringgit kekal positif pada 2026 didorong asas domestik kukuh dan langkah pembaharuan berterusan - Gabenor BNM | BNM memberi petunjuk bahawa tiada keperluan segera untuk pakej rangsangan menyeluruh, menyokong pendekatan holistik dan bersasar - Abdul Rasheed | Memperkukuh asas ekonomi dan penampan dasar dalam ketidaktentuan perdagangan global langkah penting untuk memastikan pertumbuhan berterusan dan menjamin kesejahteraan rakyat - Abdul Rasheed | Pasaran ekuiti domestik mencatatkan keuntungan stabil, FBM KLCI meningkat 8 peratus, disokong oleh sentimen pelabur yang bertambah baik bagi tempoh Oktober 2025 dan Januari 2026 - BNM | 

Terdapat 1008 berita berdasarkan kata kunci carian " sasaran"

Leader Energy, Plus Xnergy Akan Guna Sistem Bateri Sodium-Sulur Pertama Malaysia

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Leader Energy Group Bhd, melalui anak syarikat milik penuhnya, Leader Solar Energy II Sdn Bhd (LSE II) dengan perkongsian bersama Plus Xnergy Services Sdn Bhd, akan menggunakan sistem penyimpanan tenaga bateri (BESS) sodium sulfur (NaS) pertama di Malaysia.

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Pelabur Tumpu Pengurangan Kadar Faedah

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Ringgit dibuka sedikit tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu apabila pelabur mengalihkan tumpuan kepada tahap dan kecepatan pengurangan kadar faedah AS akan datang, selepas yakin pelonggaran monetari akan berterusan, kata pakar ekonomi.

KDNK 2024 Malaysia Diyakini Atasi Sasaran Pertumbuhan - Amir Hamzah

Oleh Nurul Jannah Kamaruddin

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Malaysia diunjur mencapai pertumbuhan mengatasi sasaran bagi 2024 dipacu oleh kekukuhan dasar fiskal dan komitmen berterusan terhadap pembaharuan berasaskan kerangka Ekonomi MADANI, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

ASEAN Harus Pastikan Sambungan Grid Kuasa Menjadi Realiti - Sarawak Energy

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Kerajaan negara-negara anggota ASEAN perlu memastikan bahawa kesalinghubungan grid kuasa mereka menjadi kenyataan kerana peralihan tenaga tidak akan berlaku tanpa kesalinghubungan di rantau ini, kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sarawak Energy Bhd Datuk Sharbini Suhaili.

Bursa Malaysia Ditutup Tidak Berubah

Oleh Kisho Kumari Sucedaram

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tidak berubah pada Selasa dalam persekitaran prestasi serantau bercampur-campur, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) kekal tinggi disebabkan pembelian lewat dalam saham wajaran tinggi terpilih.

Kenanga Jangka OPR Stabil 3.0 Peratus Pada 2025

KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Kenanga Investment Bank Bhd menjangka Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2025.

Kerajaan MADANI Komited Kurangkan Pinjaman, Defisit Fiskal - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Kerajaan komited dalam mencapai sasaran konsolidasi fiskal secara berperingkat dengan mengurangkan hutang negara, selain terus melabur dalam meningkatkan kualiti hidup rakyat Malaysia, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kerajaan Mahu Syarikat Teknologi Tempatan Kembang Perniagaan Di Malaysia - Gobind

CYBERJAYA, 4 Okt (Bernama) -- Pelaburan asing mencatatkan lonjakan dalam ekonomi digital Malaysia, justeru kerajaan mahu melihat lebih banyak syarikat teknologi tempatan mengambil peluang tersebut dan mengembangkan perniagaan mereka di negara ini, kata Menteri Digital Gobind Singh Deo.

IATA Desak Kerajaan Lindungi Penerbangan Awam Ketika Peningkatan Konflik Global

KUALA LUMPUR, 4 Okt (Bernama) -- Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) mengingatkan kerajaan di seluruh dunia mengenai kepentingan melindungi sektor penerbangan awam termasuk lapangan terbang dan infrastruktur navigasi udara ketika berada dalam tempoh konflik.

Industri Semikonduktor Malaysia Perlu Dipelbagaikan Bagi Perkukuh Kedudukan Global

KUALA LUMPUR, 4 Okt (Bernama) -- Industri semikonduktor Malaysia perlu dipelbagaikan dan tidak terlalu bergantung kepada syarikat multinasional dan keupayaan pembuatan untuk memperkukuh kedudukannya di pasaran global, terutama dalam menghadapi potensi gangguan, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.

Ringgit Diunjur Kekal Kukuh - Ketua Ahli Ekonomi AMRO

KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Pejabat Penyelidikan Makroekonomi ASEAN+3 (AMRO) menjangka ringgit kekal kukuh sebagai antara mata wang berprestasi terbaik di rantau ini.

Malaysia Dijangka Capai Sasaran Defisit Fiskal 4.3 Peratus Pada 2024 - OCBC

KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- OCBC Global Market Research menjangka Malaysia akan mencapai sasaran defisit fiskal sebanyak 4.3 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun ini dan menjangka kerajaan menyasarkan defisit lebih kecil antara 3.5 dan 3.8 peratus pada 2025.