BERITA TERKINI   Bekalan minyak: draf perjanjian dan prinsip kerjasama telah dipersetujui, hanya menunggu proses pemuktamadan & pemeteraian selepas lawatan teknikal terperinci - PM Anwar | Rusia beri jaminan bekalan minyak dan gas kepada Malaysia untuk jangka masa panjang - PM Anwar | Kedudukan Malaysia meningkat dalam Penarafan Daya Saing Dunia 2026 bukti fokus kecekapan dan kesungguhan negara membuahkan hasil - PM Anwar | Suami Datuk Seri Nancy Shukri meninggal dunia petang ini di sebuah hospital di KL | 58 ditahan terlibat pertaruhan haram dan judi dalam talian sempena Piala Dunia - Bukit Aman | 

Terdapat 1789 berita berdasarkan kata kunci carian "ringgit"

Hartanah Kekal Sebagai Lindung Nilai Di Tengah-tengah Tekanan Harga Tenaga -- RHB IB

KUALA LUMPUR, 11 Mei (Bernama) --  Hartanah kekal sebagai lindung nilai yang baik terhadap peningkatan tekanan inflasi berikutan lonjakan harga tenaga yang berpunca daripada konflik Asia Barat, kata RHB Investment Bank Bhd (RHB IB).

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Dalam Rundingan Damai Asia Barat Sedang Berlangsung

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 11 Mei (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin berikutan pelabur memantau rundingan damai yang sedang berlangsung berhubung krisis di Asia Barat, kata penganalisis.

Ringgit Dijangka Diniagakan RM3.90–RM3.95 Minggu Depan Menjelang Mesyuarat Trump-Xi

KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) --  Mata wang ringgit dijangka diniagakan dalam julat RM3.90 hingga RM3.95 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan menjelang pertemuan penting antara Presiden Donald Trump dan Presiden Xi Jinping.

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS Menjelang Data Pekerjaan AS

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding mata wang utama dan serantau termasuk dolar AS ketika ditutup pada Jumaat berikutan pelabur kekal berhati-hati menjelang data pekerjaan gaji bukan ladang (NFP) Amerika Syarikat dalam persekitaran ketegangan konflik di Asia Barat yang kembali memuncak.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Mata Wang Utama, Rendah Berbanding Dolar AS

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding kebanyakan mata wang utama tetapi rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) berikutan pelabur kekal berhati-hati susulan peningkatan semula ketegangan konflik di Asia Barat yang menjejaskan harapan terhadap perjanjian damai antara AS dan Iran.

Pengekalan OPR Beri Petunjuk Keyakinan Terhadap Ketahanan Ekonomi Malaysia

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- Keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75 peratus untuk mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) keenam berturut-turut mencerminkan keyakinan yang semakin meningkat terhadap daya tahan ekonomi domestik Malaysia meskipun terdapat ketidakpastian global semakin memuncak, kata ahli ekonomi.

Ringgit Ditutup Tinggi, Teruskan Prospek Mengukuh Selepas Paras OPR Kekal

KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- Ringgit meneruskan momentumnya apabila ditutup mengukuh berbanding mata wang utama dan kebanyakan unit serantau pada akhir urus niaga Khamis selepas Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75 peratus.

Pasaran Getah Ditutup Bercampur-campur

KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- Pasaran getah ditutup bercampur-campur pada Khamis dalam kenaikan niaga hadapan getah serantau tetapi dikekang oleh harga minyak yang rendah dan ringgit yang lebih kukuh, kata peniaga.

Ringgit Dibuka Tinggi, Dijangka Terus Meningkat Jika OPR Kekal Pada 2.75 Peratus

KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- Ringgit meneruskan momentum semalam apabila dibuka tinggi pada Khamis di tengah-tengah jangkaan bahawa mata wang tempatan berpotensi untuk terus meningkat hari ini.

Ringgit Teruskan Momentum Kenaikan Menjelang Pengumuman OPR Esok

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Ringgit meneruskan momentum kenaikan apabila ditutup kebanyakannya tinggi berbanding mata wang utama dan unit serantau pada Rabu, didorong sentimen yang bertambah baik ketika pelabur menunggu keputusan mengenai Kadar Dasar Semalaman (OPR).

Ringgit Dibuka Mengukuh Berbanding Dolar AS Menjelang Mesyuarat Dasar BNM

KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Ringgit memulakan urus niaga Rabu dengan lebih mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) menjelang mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) esok.

Ringgit Ditutup Kebanyakannya Kukuh Berbanding Mata Wang Utama, Unit Serantau

KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Ringgit ditutup kebanyakannya kukuh berbanding mata wang utama dan unit serantau namun rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa menjelang mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM).