7bulan ago
GEORGE TOWN, 4 Julai (Bernama) -- SuperSiC (Malaysia) Sdn Bhd, anak syarikat kepada Zhejiang Jingsheng Mechanical & Electrical Co Ltd (JSG) melakukan majlis pecah tanah bagi kemudahan pembuatan terbaharunya di Penang Technology Park @ Bertam, menandakan satu pencapaian penting dalam strategi pengembangan global syarikat itu.
7bulan ago
SIBU, 30 Jun (Bernama) -- Universiti Teknologi Sarawak (UTS) dan Entera Technology Academy (ETA) hari ini diiktiraf sebagai Pusat Latihan dan Peperiksaan bagi Reka Bentuk Sistem Solar Fotovoltaik (PV), satu langkah penting ke arah memperkukuh ekosistem latihan tenaga boleh baharu (TBB) di Sarawak.
7bulan ago
PUTRAJAYA, 25 Jun (Bernama) -- Malaysia menyasarkan untuk menyenaraikan sekurang-kurangnya 10,000 syarikat pemula niaga (startup) menjelang akhir tahun ini menerusi platform Startup ASEAN yang baru dilancarkan.
7bulan ago
JOHOR BAHRU, 25 Jun (Bernama) -- Kerjasama antara kerajaan negeri Johor melalui Invest Johor dan syarikat teknologi Jepun, NEOJAPAN Inc. dimeterai baru-baru ini dijangka mewujudkan 300 peluang pekerjaan berkemahiran tinggi dengan gaji bermula RM4,000 untuk graduan baharu.
7bulan ago
Oleh Anas Abu Hassan dan Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup bercampur-campur hari ini dengan indeks petunjuk pasaran susut 0.15 peratus berikutan aktiviti pengambilan untung dalam saham mewah terpilih, walaupun prestasi pasaran utama serantau mencatat sentimen lebih baik, kata penganalisis.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut pada akhir sesi dagangan pagi ini, diasak oleh aktiviti jualan saham-saham wajaran tinggi susulan penurunan harga minyak akibat ketegangan di Timur Tengah.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) tinggi semasa mengakhiri sesi pagi ini, didorong oleh minat belian baharu dalam saham mewah terpilih walaupun sentimen berhati-hati dalam ketegangan geopolitik yang meningkat.
7bulan ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah seiring dengan prestasi lemah di seluruh rantau ini, kata penganalisis.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan aliran penurunan pada tengah hari ini berikutan aktiviti pengambilan untung yang berterusan dalam situasi kekurangan sentimen pasaran yang positif, kata penganalisis.
7bulan ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia hampir tidak berubah pada sesi pembukaan hari ini berikutan kekurangan pemangkin baharu selepas prestasi semalaman Wall Street yang mendatar, kata penganalisis.
7bulan ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia mencatatkan dagangan tidak menentu hari ini dan ditutup hampir tidak berubah dengan indeks bergerak dalam jajaran kecil di tengah-tengah ketidaktentuan global, apabila para pelabur enggan mengambil pegangan jangka panjang.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal hampir mendatar pada tengah hari ini dengan sokongan belian yang berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih, berselang-seli dengan aktiviti pengambilan untung diterajui oleh kaunter produk dan perkhidmatan pengguna.