16hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Jan (Bernama) -- Johor muncul sebagai satu daripada negeri paling berprestasi dalam jumlah dan nilai transaksi hartanah manakala Sabah mencatatkan peningkatan di segmen kediaman, komersial dan perindustrian.
16hari ago
PUTRAJAYA, 8 Jan (Bernama) -- Tahun 2026 menjadi tempoh permulaan pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) dengan tumpuan utama terhadap aspek penterjemahan dasar kepada tindakan sebenar demi memastikan manfaatnya dapat dinikmati rakyat, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Nasir.
16hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Jan (Bernama) -- Sektor pengguna Malaysia dijangka mendapat manfaat daripada peningkatan pendapatan boleh guna susulan pelarasan gaji Fasa 2 Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) selain pelaksanaan berterusan Sumbangan Asas Rahmah (SARA), demikian menurut Hong Leong Investment Bank (HLIB).
16hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) diniagakan rendah pada awal dagangan Khamis yang seiringan dengan prestasi asas pasaran tunai.
17hari ago
KUALA LUMPUR, 7 Jan (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini walaupun prestasinya lemah di COMEX Amerika Syarikat.
17hari ago
KUALA LUMPUR, 7 Jan (Bernama) -- Prestasi pasaran hartanah Lembah Klang tahun ini akan dipacu terutamanya oleh aset berkualiti tinggi yang terletak di lokasi strategik selain memenuhi keperluan perubahan kerja, beli-belah dan perjalanan, menurut CBRE WTW Valuation and Advisory Sdn Bhd.
17hari ago
KUALA LUMPUR, 7 Jan (Bernama) -- Memasuki 2026, pasaran hartanah Malaysia yang berdaya tahan sebelum ini sedang berkembang memasuki tahap relevan selepas disokong oleh kestabilan ekonomi, pembaharuan dasar dan pembangunan yang diterajui infrastruktur, menurut CBRE WTW Valuation and Advisory Sdn Bhd (CBRE WTW).
17hari ago
KUALA LUMPUR, 7 Jan (Bernama) -- Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) mencatatkan eksport digital berjumlah RM6.8 bilion antara tempoh 2024 dan Separuh Pertama 2025, yang mana merupakan satu pencapaian signifikan dalam industri ekonomi digital Malaysia.
17hari ago
KUALA LUMPUR, 7 Jan (Bernama) -- Pengendali talian tetap dijangka memacu keuntungan dalam sektor telekomunikasi Malaysia pada 2026, menurut Hong Leong Investment Bank Bhd (HLIB).
17hari ago
KUALA LUMPUR, 7 Jan (Bernama) -- Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB) kekal positif terhadap sektor tenaga boleh baharu (TBB) berikutan pelancaran berterusan projek berskala utiliti termasuk Solar Berskala Besar (LSS) pusingan keenam (LSS6), Skim Pembekalan TBB Korporat (CRESS) dan program MyBest, yang terus menjadi tumpuan utama.
18hari ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 6 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini, dengan indeks utama susut 0.45 peratus di tengah-tengah kekurangan pemangkin baharu dan aktiviti pengambilan untung yang sederhana, susulan kenaikan baru-baru ini.
18hari ago
KUALA LUMPUR, 6 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur pada Selasa dengan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut dalam persekitaran kekurangan penyertaan pelabur.