5bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) -- Industri rantaian bekalan dan logistik Malaysia menerima rangsangan hari ini apabila lebih 150 pemimpin industri bersidang di forum “Future of Supply Chains: Optimising, Planning, and Automating for Success”, anjuran bersama Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Ally Logistic Property (ALP).
5bulan ago
Daripada D.Arul Rajoo
LONDON, 15 Jan (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini bertemu rakan sejawatannya dari United Kingdom (UK), Sir Keir Starmer, dan membincangkan tentang usaha untuk meningkatkan hubungan kedua-dua negara kepada perkongsian strategik meliputi semua bidang.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- U Mobile Sdn Bhd memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan CIMB Bank Bhd untuk melanjutkan sokongan pembiayaan bagi pelancaran rangkaian 5G yang akan datang.
5bulan ago
Oleh Zarul Effendi Razali and Abdul Hamid A Rahman
PETALING JAYA, 13 Jan (Bernama) -- Seorang ahli ekonomi telah menyeru agar negara anggota ASEAN bertindak sebagai satu kumpulan dalam memberi lebih tumpuan kepada pembangunan mampan dengan mengintegrasikan pertumbuhan ekonomi dengan kemajuan teknologi dan keterangkuman sosial.
5bulan ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) -- Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) akan menubuhkan konsortium perniagaan dan melaksanakan program Gerakan Ekoniaga MADANI (GEMA) bagi memastikan golongan itu kekal kompetitif di peringkat tempatan dan antarabangsa.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) -- Pelabuhan Tajung Pelepas (PTP) yang juga unit dengan pegangan 70 peratus MMC Corporation Bhd, menjadi terminal kontena pertama di Malaysia mengendalikan lebih 12.25 juta unit bersamaan 20 kaki (TEU) dalam tempoh satu tahun pada 2024.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) -- Ekonomi Malaysia dijangka mencatatkan pertumbuhan sederhana sekitar 4.9 peratus pada 2025, dengan mengambil kira kesan dasar domestik dan cabaran luar, kata Institut Strategik KSI untuk Asia Pasifik (KSI).
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) -- Korea Selatan yang akan menjadi tuan rumah Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) tahun ini untuk kali pertama dalam tempoh 20 tahun, akan memfokuskan kepada inovasi, pendigitalan dan kemampanan.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Dis (Bernama) -- Cabang perniagaan kepada perniagaan Telekom Malaysia Bhd (TM), TM One dan Sarawak Digital Economy Corporation Bhd (SDEC) mengumumkan fasa seterusnya kerjasama strategik untuk meningkatkan ekonomi, masyarakat digital dan perkhidmatan kerajaan di Sarawak melalui ketersambungan lebih baik.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Dis (Bernama) -- Lonjakan penggunaan pembayaran digital semasa pandemik telah mempercepat permintaan terhadap penyelesaian yang selamat dan berkembang, dan Fiuu, penyedia penyelesaian pembayaran dalam talian, berada di kedudukan baik untuk memenuhi keperluan ini.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia Bhd (Bursa Malaysia) hari ini mengeluarkan kertas rundingan bagi mendapatkan maklum balas orang ramai mengenai cadangan pindaan terhadap Peraturan Bursa Malaysia Depository Sdn Bhd (Bursa Malaysia Depository) berikutan ia ke arah pendigitalan dalam pengeluaran penyata akaun sekuriti kepada pendeposit (penyata CDS).
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Dis (Bernama) -- Perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) Malaysia terus menunjukkan kemajuan tahun ini dalam persekitaran yang mencabar untuk menyesuaikan diri dengan perubahan pasaran dan anjakan pengawalseliaan, terutamanya dalam peralihan ke arah ekonomi yang mengutamakan digital.