Terdapat 120 berita berdasarkan kata kunci carian " menyalurkan"

Kerajaan Sasar RM9 Bilion Dijana Daripada Jualan Kayu Getah Terawat

ARAU, 14 Mac (Bernama) -- Kerajaan menyasarkan RM9 bilion dapat dijana daripada penjualan kayu getah terawat menerusi program tanam semula di bawah Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA).

Pembaharuan Program MM2H Pacu Ekonomi Dengan Pelaburan Tahunan Hampir RM1 Bilion - IQI

KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) -- Program visa Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) kini menjana pelaburan hampir RM1 bilion setiap tahun sekali gus mempamerkan kejayaannya.

KWSP Jadikan Alokasi Aset Strategik Sebagai Asas Pelaburan Masa Depan - KPE

SHAH ALAM, 1 Mac (Bernama) -- Pelaburan masa depan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan berpandukan peruntukan atau Alokasi Aset Strategik (SAA) yang melibatkan kitaran pelaburan tiga tahun dan diteliti semula setiap tiga tahun.

Kerajaan Komited Tingkat Campuran Kapasiti TBB Dalam Pembekalan Elektrik Negara

KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Kerajaan komited untuk meningkatkan campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) dalam pembekalan elektrik negara secara berperingkat dan terancang bagi memastikan keperluannya dalam pembangunan pusat data dapat dipenuhi.

Logistik Halal: Peluang Berharga Bagi Malaysia

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 16 Feb (Bernama) – Malaysia perlu meneraju pembangunan ekosistem logistik halal yang komprehensif dengan menyegerakan penubuhan piawaian persendirian pertama global dalam logistik.

SMR 20 Ditutup Tinggi Susulan Kebimbangan Mengenai Bekalan Getah Asli

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 23 Jan (Bernama) -- Standard Malaysian Rubber 20 (SMR 20) ditutup tinggi hari ini dalam kebimbangan mengenai bekalan getah asli disebabkan faktor hujan, kata peniaga.

ECERDC Peroleh RM13.4 Bilion Dalam Pelaburan Direalisasikan Pada 2024

KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) telah memperoleh RM13.4 bilion dalam pelaburan yang direalisasikan untuk 2024, berkembang 56 peratus berbanding sebanyak RM8.6 bilion pada 2023.

ASEAN-BAC Umum 12 Inisiatif Untuk Pacu Pertumbuhan Serantau Dan Jalin Kerjasama

GEORGE TOWN, 16 Jan (Bernama) -- Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN (ASEAN-BAC) telah mengumumkan 12 inisiatif strategik termasuk rangka kerja Entiti Perniagaan ASEAN (ABE) untuk meningkatkan integrasi ekonomi, keterangkuman dan kerjasama serantau.

Mesyuarat Tahunan WEF 2025 Seru Kerjasama Bentuk Era Kecerdasan

KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- Mesyuarat Tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025 di Davos, Switzerland menjangka memberi tumpuan untuk memupuk semangat kerjasama dan keyakinan yang membina dengan matlamat membentuk Era Kecerdasan yang lebih mampan dan inklusif.

Sumbangan Asas Rahmah Menerusi Mykad Diperluaskan Ke Sabah, Sarawak

KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- Usaha penyaluran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) melalui penggunaan MyKad akan diperluaskan ke Sabah dan Sarawak pada tahun ini berbanding hanya di negeri-negeri Semenanjung Malaysia pada 2024, kata Kementerian Kewangan (MOF).

PERNAS Salur Pembiayaan Sebanyak RM461 Juta Kepada 2,283 Usahawan Francais Sejak 2014 - Ewon

KOTA KINABALU, 5 Jan (Bernama) -- Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS) agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) telah menyalurkan pembiayaan berjumlah RM461 juta kepada 2,283 usahawan francais di seluruh negara sejak 2014.

AmInvestment Unjur RM1.7 Bilion Caruman KWSP Bukan Warganegara Pacu Pasaran Ekuiti

KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) -- AmInvestment Bank Bhd mengunjurkan sumbangan mandatori Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh menyalurkan sehingga RM1.7 bilion dalam aliran masuk tahunan pasaran ekuiti domestik Malaysia.