Terdapat 304 berita berdasarkan kata kunci carian " korporat "

Ringgit Dibuka Hampir Mendatar Ketika Indeks Dolar AS Meningkat

KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama) -- Ringgit memulakan urus niaga Rabu dengan hampir mendatar berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) di tengah-tengah peningkatan kecil Indeks Dolar AS (DXY) kepada 100.215 mata selepas kekal di bawah paras 100 mata dalam beberapa hari sebelum ini.

Megah Port Laksana Penambahbaikan, Perkukuh Peranan Pelabuhan Sebagai Hab Logistik Utama

LABUAN, 12 April (Bernama) -- Operator pelabuhan kontena Labuan, Megah Port Management Sdn Bhd (MPM) melaksanakan penambahbaikan yang ketara dalam meningkatkan kecekapan dan mengukuhkan peranan pelabuhan itu sebagai hab logistik utama di rantau ini sejak mengambil alih operasi pelabuhan berkenaan.

PNB Perkukuh Portfolio Dengan Lepaskan Pegangan Dalam Pelaburan Legasi

KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Permodalan Nasional Bhd (PNB) sedang mempertimbangkan untuk melepaskan pegangannya dalam pelaburan legasi, membolehkannya mengukuhkan kelas aset lain termasuk pendapatan tetap, kata Timbalan Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulannya, Datuk Rick Ramli.

Penampilan Sulung SumiSaujana Di Pasaran ACE Bermula Lemah Susulan Konflik Tarif

KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- SumiSaujana Group Bhd (SumiSaujana) membuat penampilan sulung yang hambar di Pasaran ACE Bursa Malaysia hari ini, di tengah-tengah ketidaktentuan berterusan pasaran global susulan konflik tarif yang diketuai oleh Amerika Syarikat (AS).

ASEAN Akan Naik Taraf FTA Dengan Australia, NZ Tidak Lama Lagi, Di Susuli China Dan India

KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- ASEAN, yang kekal komited menaik taraf Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) sedia adanya bagi memastikan ia kekal relevan dan berkesan akan menyaksikan FTA ASEAN-Australia-New Zealand (AANZFTA) dinaik taraf pada 21, April 2025.

Eksport PKS Di ASEAN Berisiko Hilang Hasil US$237.5 Bilion Tanpa Amalan Lestari - BNM

KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berorientasikan eksport yang menyumbang lebih 99 peratus daripada ekosistem perniagaan ASEAN berisiko kehilangan US$237.5 bilion (US$1 = RM4.49) dalam hasil berpotensi jika mereka gagal beralih kepada amalan yang lebih lestari dan mampan.

Honda Malaysia Lantik Narushi Yazaki Sebagai Pengarah Urusan, CEO Baharu

KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) -- Honda Malaysia melantik Narushi Yazaki sebagai Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif baharu berkuat kuasa 1 April 2025 menggantikan Hironobu Yoshimura yang meneraju syarikat itu sejak tiga tahun lepas.

Malaysia Mampu Depani Krisis Ekonomi Jika Perang Perdagangan Tercetus - Amir Hamzah

PUTRAJAYA, 4 April (Bernama) –  Malaysia berupaya mendepani sebarang krisis ekonomi yang mungkin timbul susulan kebimbangan tarif menyeluruh yang dikenakan Amerika Syarikat (AS) ke atas 168 negara termasuk Malaysia akan mencetuskan perang perdagangan global.

IATA Lancar Daftar Bahan Api Penerbangan Mampan

KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) telah melancarkan Daftar Bahan Api Penerbangan Mampan (SAF).

Pengendali MTA, Takaful Gerakkan Bantuan Bagi Mangsa Kebakaran Saluran Gas

KUALA LUMPUR, 2 April (Bernama) -- Persatuan Takaful Malaysia (MTA) serta ahlinya yang juga pengendali takaful, menggembleng ten

Bank, Syarikat Insurans Bantu Mangsa Insiden Kebakaran Di Putra Heights

KUALA LUMPUR, 2 April (Bernama) -- Pelbagai bank dan syarikat insurans tampil menghulurkan bantuan kepada mangsa yang terjejas akibat daripada insiden kebakaran di Putra Heights, Selangor, pada Selasa, menerusi pelbagai pelan bantuan.  

Dari Pasar Malam Ke Empayar Pendandan Rambut, Nimroc Sasar Buka 100 Cawangan

KUALA LUMPUR, 1 April (Bernama) -- Bermula sebagai perniagaan kecil di pasar malam, jenama dandanan rambut tempatan, Nimroc Holdings Sdn Bhd, kini berkembang pesat dengan 19 cawangan di seluruh negara dan menyasarkan 100 cawangan dalam tempoh lima tahun akan datang.