Terdapat 475 berita berdasarkan kata kunci carian " komersial"

Terengganu Catat Jumlah Pelaburan Komited RM4.3 Bilion Setakat September 2025

KUALA TERENGGANU, 27 Okt (Bernama) -- Terengganu mencatat jumlah pelaburan komited sebanyak RM4.3 bilion setakat September tahun ini, dipacu oleh sektor tenaga boleh baharu.

Tarif Rendah Akan Tingkatkan Daya Saing Minyak Sawit Malaysia Di Pasaran AS – MPOB

Oleh Nurul Hanis Izmir

PUTRAJAYA, 27 Okt (Bernama) -- Malaysia bakal mendapat manfaat daripada keputusan Amerika Syarikat (AS) untuk menurunkan tarif di bawah 19 peratus ke atas 1,711 produk eksport negara, termasuk minyak sawit dan produk koko, yang dijangka meningkatkan daya saing harganya di pasaran AS.

MIDA, CIMB Bekerjasama Pacu Pertumbuhan Mampan, Tingkat Daya Saing Malaysia

KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan CIMB Bank Bhd menandatangani memorandum persefahaman (MoU) untuk mempercepatkan pelaburan bernilai tinggi dan mampan, mendalami ekosistem perindustrian dan meningkatkan daya saing Malaysia.

Program R2G Sarawak 2025 MTDC Bantu Tingkat Penerimagunaan Teknologi, Pembiayaan Inovasi

KUCHING, 23 Okt (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC) memperkukuh usaha untuk mempercepat penerimagunaan teknologi dan pembiayaan inovasi bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan pemula niaga di Sarawak melalui program Road2Growth (R2G) Sarawak 2025.

Hubungan ASEAN-AS Lakar Kemajuan, ART Diyakini Dimeterai Pada Sidang Kemuncak Ke-47

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- ASEAN dan Amerika Syarikat (AS) melakarkan kemajuan yang baik dalam hubungan dua hala, dibuktikan dengan pengesahan kehadiran Presiden AS Donald Trump di Sidang Kemuncak ASEAN ke-47.

TIV Sektor Automotif Susut 22 Peratus Pada September 2025 - MAA

KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Jumlah jualan keseluruhan industri (TIV) sektor automotif Malaysia susut 22 peratus kepada 58,490 unit pada September daripada 74,479 unit pada Ogos, menurut Persatuan Automotif Malaysia (MAA).

Kerajaan Tidak Akan Campur Tangan Dalam Keputusan Komersial - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi bahawa kerajaan tidak akan campur tangan dalam keputusan komersial untuk mendukung integriti pasaran.

Teknologi ANPR: Masa Depan Sistem Bayaran Tol Di Malaysia

KUALA LUMPUR, 20 Okt (Bernama) -- Penerimaan teknologi Pengecaman Nombor Pendaftaran Automatik (ANPR) semakin meraih momentum di Malaysia terutama di Lembah Klang, yang digunakan secara meluas di kemudahan parkir dan sistem kawalan akses bangunan komersial.

ASEAN Perlu Perkukuh Kerjasama Majukan Grid Kuasa Serantau, Peralihan Tenaga -- TNB

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) -- Tenaga Nasional Bhd (TNB) meminta negara-negara ASEAN untuk menyelaras peraturan, memodenkan grid tenaga dan mengukuhkan usaha kolektif ke arah peralihannya secara adil dan mampan.

Empat Menteri Tenaga ASEAN Zahir Komitmen Terhadap Perdagangan Tenaga Rentas ASEAN

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Menteri-Menteri bertanggungjawab dalam hal ehwal tenaga dari Laos, Thailand, Malaysia dan Singapura hari ini mengulangi komitmen mereka untuk terus meningkatkan perdagangan tenaga rentas sempadan secara pelbagai hala dalam ASEAN, susulan kejayaan Projek Integrasi Tenaga Laos-Thailand-Malaysia-Singapura (LTMS-PIP).

SCIP Dapat Penarafan Emas MARC Dengan Rangka Kerja Kewangan Mampan RM2 Bilion

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Sunway City Iskandar Puteri (SCIP) muncul sebagai perbandaran hijau pertama di Malaysia yang menerima penarafan Emas daripada Malaysian Rating Corporation Sdn Bhd (MARC), seiring dengan penubuhan Rangka Kerja Kewangan Mampan yang komprehensif bernilai RM2 bilion.

ASEAN Mahu Grid Tenaga Terintegrasi Sepenuhnya Menjelang 2045 -- Bank Dunia

KUALA LUMPUR, 15 Okt  (Bernama) -- ASEAN bercita-cita tinggi untuk membina grid tenaga serantau yang terintegrasi sepenuhnya menjelang 2045 dan ia merupakan misi yang boleh dicapai, kata pakar utama tenaga Bank Dunia, Yussuf Uwamahoro.