BERITA TERKINI   Piala Malaysia: Negeri Sembilan 0-1 Selangor | 

Terdapat 1359 berita berdasarkan kata kunci carian " aliran"

IOI Properties Akan Lancar Senna ExChange, Pembangunan Terkini Di Sepang

KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- IOI Properties Group Bhd (IOIPG) akan melancarkan Senna ExChange iaitu tawaran pembangunan komersial pertama di perbandaran ikoniknya, Senna Puteri di Salak Tinggi, Selangor.

Institusi Tempatan Sokong Bursa Malaysia Bagi Minggu Ke-20 Berturut-turut - MIDF Amanah

KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- Institusi tempatan terus menyokong Bursa Malaysia untuk minggu ke-20 berturut-turut dengan aliran masuk ke dalam ekuiti domestik bernilai RM617.3 juta minggu lepas berbanding RM817.4 juta minggu sebelumnya.

Bursa Malaysia Dijangka Tinggi Minggu Depan Berikutan Sentimen Lebih Baik - Penganalisis

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 8 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka diniagakan lebih tinggi minggu depan, dipacu oleh sentimen yang lebih baik dan minat baharu terhadap saham dengan asas kukuh.

ASEAN Perlu Manfaat Australia Bagi Tingkat Ketahanan Ekonomi - MGBF

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 8 Mac (Bernama) -- ASEAN perlu membangunkan strategi yang selari dengan melibatkan ekonomi utama di luar rantau ini khususnya Australia bagi meningkatkan pengeluaran, produktiviti dan penggunaan domestik, kata Pengerusi Pengasas Forum Perniagaan Global Malaysia (MGBF), Nordin Abdullah.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 7 Mac (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Jumaat menjelang pengumuman senarai gaji bukan ladang (NFP) Amerika Syarikat lewat hari ini.

Malaysia Perkukuhkan Kehadiran Dalam Teknologi Global Di MWC Barcelona 2025

BARCELONA (Sepanyol), 7 Mac (Bernama) - Malaysia mengukuhkan kehadirannya di pentas teknologi global di Kongres Mudah Alih Sedunia (MWC) Barcelona 2025 menerusi pameran inovasi dan kemajuan digital yang mengagumkan.

Ringgit Teruskan Momentum Mengukuh Berbanding Dolar AS

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 7 Mac (Bernama) -- Ringgit meneruskan aliran pengukuhannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada akhir urus niaga Jumaat, didorong oleh prospek Rizab Persekutuan AS (Fed) menurunkan faedah serta keputusan Bank Negara Malaysia mengekalkan kadar dasar semalaman.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Sejajar Prestasi Lemah Bursa Serantau

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 7 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini sejajar dengan prestasi lemah di pasaran serantau. 

Malaysia Cemerlang Di MWC Barcelona, ZTE Menang Anugerah Inovasi Faundri GSMA

Daripada Zairina Zainudin

BARCELONA (Sepanyol), 7 Mac (Bernama) -- Malaysia meraikan pencapaian penting di pentas global apabila ZTE Corporation memenangi Anugerah Inovasi Faundri GSMA yang berprestij bagi “Minimalis 5G Peribadi untuk Hiburan.”

Perbelanjaan Domestik, Pelaburan Kukuh Teguhkan Ekonomi Dalam Cabaran Global – HLIB

KUALA LUMPUR, 7 Mac (Bernama) -- Perbelanjaan domestik negara yang berdaya tahan dan rancangan pelaburan yang kukuh dijangka menyokong ekonomi dalam keadaan cabaran luaran berikutan ketidaktentuan perdagangan global, menurut Hong Leong Investment Bank Bhd (HLIB).

Malaysia Catat Rekod Jualan RM1.67 Bilion Pada Gulfood 2025

KUALA LUMPUR, 7 Mac (Bernama) -- Malaysia memperoleh jualan eksport RM1.67 bilion di Gulfood 2025, melepasi sasaran awal sebanyak RM680 juta.

OPR Konsisten Dengan Prospek Ekonomi Malaysia - Gabenor

KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) -- Berikut adalah wawancara dengan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour selepas mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) bagi Mac:-