BERITA TERKINI   Sukan SEA 2025: Atlet Muay Thai negara Muhammad Mikail Ghazali Zulfikar menang pingat emas kategori 57kg lelaki | Sukan SEA 2025: Skuad bola jaring negara rangkul emas hatrik, tumpaskan Singapura 52-49 | Sukan SEA 2025: Atlet Muay Thai negara Wassof Rujiman sambar pingat emas kategori 54kg lelaki | Sukan SEA 2025: Atlet menembak Gan Chen Jie raih pingat emas 50m Rifle 3 Position individu wanita | Sukan SEA 2025: Pesilat negara Muhammad Izzul Irfan menang emas kategori kelas D lelaki (60-65kg) | 

Terdapat 994 berita berdasarkan kata kunci carian " mata wang "

Hartalega Dijangka Raih Manfaat Susulan Semakan Tarif AS Terhadap Produk Sarung Tangan China

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Hartalega Holdings Bhd dijangka mendapat manfaat daripada semakan tarif oleh Amerika Syarikat (AS) diumumkan baru-baru ini terhadap pembuat sarung tangan China.

Ringgit Dibuka Rendah Berbanding Dolar US

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis, susulan minit mesyuarat Rizab Persekutuan (Fed) AS menunjukkan pegawai Fed berlainan pendapat sama ada untuk mengurangkan kadar faedah sebanyak 0.5 mata pada September, membayangkan penurunan lebih kecil pada masa depan, kata seorang penganalisis.

Ringgit Ditutup Tinggi Sedikit Berbanding Dolar US

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi sedikit berbanding dolar US hari ini, menjelang pengumuman minit mesyuarat September, Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) malam ini, yang akan menawarkan kejelasan mengenai trajektori pemotongan kadar faedahnya.

Asia International Exchange Labuan Lancar Platform Aset Digital

LABUAN, 9 Okt (Bernama) -- Asia International Exchange (AIX) mencatat peristiwa penting hari ini apabila menyempurnakan prapelancaran platform aset digitalnya yang menjadikan Labuan sebagai hab teknologi kewangan (fintech) utama di rantau ini.

Ringgit Mengukuh Kepada 14.4 Peratus Berbanding Dolar AS, Antara Mata Wang Berprestasi Terbaik Di Peringkat Global

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Ringgit merupakan antara mata wang yang sedang menunjukkan prestasi terbaik pada peringkat global, mengukuh kepada 14.4 peratus berbanding dolar AS pada suku ketiga 2024 dan 11.4 peratus pada asas sejak awal tahun sehingga kini, menurut Jawatankuasa Pasaran Kewangan (FMC) Bank Negara Malaysia (BNM).

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS, Pelabur Tumpu Pengurangan Kadar Faedah

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Ringgit dibuka sedikit tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu apabila pelabur mengalihkan tumpuan kepada tahap dan kecepatan pengurangan kadar faedah AS akan datang, selepas yakin pelonggaran monetari akan berterusan, kata pakar ekonomi.

KDNK 2024 Malaysia Diyakini Atasi Sasaran Pertumbuhan - Amir Hamzah

Oleh Nurul Jannah Kamaruddin

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Malaysia diunjur mencapai pertumbuhan mengatasi sasaran bagi 2024 dipacu oleh kekukuhan dasar fiskal dan komitmen berterusan terhadap pembaharuan berasaskan kerangka Ekonomi MADANI, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Ringgit Ditutup Rendah Ketika Hasil AS Meningkat

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS berikutan peningkatan hasil Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) yang mendadak, menyebabkan peniaga dan pasaran mengambil pendirian berhati-hati mengenai kemungkinan penurunan kadar AS pada masa hadapan.

Bank Dunia Naikkan Unjuran Pertumbuhan Ekonomi Malaysia Kepada 4.9 Peratus Bagi 2024

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Kumpulan Bank Dunia menaikkan unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia kepada 4.9 peratus pada 2024, daripada 4.3 peratus yang ditetapkan pada April lalu.

Pasaran Serantau Susut, Bursa Malaysia Kekal Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal rendah setakat dagangan tengah hari Selasa, menjejaki prestasi kebanyakan pasaran serantau lain yang diasak kenaikan harga minyak mentah dunia ketika ketegangan konflik Timur Tengah terus menjejaskan sentimen, kata penganalisis.

Ringgit Dibuka Mengukuh Susulan Kenaikan Harga Minyak

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Ringgit memulakan urus niaga Selasa dengan lebih positif apabila mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), dipacu oleh kenaikan harga minyak mentah global Brent yang melepasi paras US$80 setong, kata penganalisis.

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar US

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar US pada Isnin, mencerminkan trend mata wang Asia lain, selepas data senarai gaji bukan ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS) lebih kukuh daripada jangkaan untuk September.