1tahun ago
KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini susulan kenaikan dalam pasaran emas Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat (AS), kata seorang peniaga.
1tahun ago
GEORGE TOWN, 21 Okt (Bernama) -- Pemaju hartanah dan penginapan Singapura The Ascott Ltd menjalin kerjasama dengan pemaju Malaysia Instant Icon Sdn Bhd bagi membangunkan Ascott Residences Batu Ferringhi Penang yang akan didiami mulai Januari 2028.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- MY E.G Services Bhd (MYEG) dan Heitech Padu Bhd hari ini mengumumkan permulaan kerjasama kedua-dua syarikat bagi memastikan kejayaan pelaksanaan pelbagai projek e-kerajaan di Malaysia.
1tahun ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Ringgit ditutup hampir tidak berubah berbanding dolar AS pada Isnin berikutan pasaran kekal berhati-hati terhadap perkembangan geopolitik yang melanda Timur Tengah manakala Indeks Dolar AS (DXY) kekal mendapat sokongan yang baik.
1tahun ago
Oleh Karina Imran
KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah dan diniagakan dalam dagangan terhad hari ini berikutan kekurangan minat belian ketika para pelabur mencerna butiran terperinci Belanjawan 2025, kata seorang penganalisis.
1tahun ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Kerajaan diminta meneliti semula pengelasan pendapatan isi rumah bagi mengelakkan keciciran pemberian bantuan dan subsidi petrol, kata Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) hari ini.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) – Kerajaan sedang mempertimbang menggunakan pangkalan data yang dihubungkan dengan kad pengenalan selain e-dompet dan kad debit yang dijadikan sebahagian daripada mekanisme sistem penetapan harga dua peringkat bagi penyasaran subsidi RON95.
1tahun ago
PETALING JAYA, 21 Okt (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) akan membantu Perusahaan Otomobil Bawah Sdn Bhd (Perodua) mengeluarkan kenderaan elektrik (EV) pertama di Malaysia berharga di bawah RM100,000.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Malaysia dan Singapura merupakan dua negara di ASEAN yang mempunyai biro kredit mantap yang mengumpul data meluas daripada pelbagai sumber, disokong oleh tahap penembusan perbankan tinggi dalam ekonomi mereka, kata Moody’s.
1tahun ago
SHAH ALAM, 21 Okt (Bernama) -- Peruntukan berjumlah RM50 juta sebagai geran padanan digital perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang diumumkan dalam Belanjawan 2025 dijangka membantu usahawan berautomasi dalam perniagaan terutama secara dalam talian dengan lebih cekap dan efisien.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Langkah yang ditetapkan dalam Belanjawan 2025 bertujuan membentuk semula ekonomi dengan merangsang pertumbuhan dan menarik pelaburan berkualiti, menurut penganalisis.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Strategi pelbagai hala oleh kerajaan memperlihatkan tumpuan kepada konsolidasi fiskal di samping menyokong pertumbuhan ekonomi dan mengekalkan jaringan keselamatan sosial, kata Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER).