BERITA TERKINI   MOT laksana larangan pemanduan kenderaan barangan dan logistik mulai 19, 20, 28 dan 29 Mac sempena Aidilfitri | Harga minyak mentah global kini melebihi US$100 setong, Kerajaan kekal RON95 bersubsidi RM1.99 seliter - Kementerian Kewangan | Gas Malaysia akan bangunkan terminal LNG Yan selepas kelulusan Suruhanjaya Tenaga | Ringgit meningkat kepada 3.9145/9205 berbanding dolar AS semasa ditutup hari ini, daripada 3.9155/9200 pada Selasa | 

Terdapat 880 berita berdasarkan kata kunci carian "cukai"

MIDA, Alliance Bank Anjur Bengkel Teroka Amalan Perindustrian Mampan

KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Alliance Bank Malaysia Bhd menganjurkan bengkel Mekanisme Pelarasan Sempadan Karbon (CBAM) yang pertama kali diadakan bagi meneroka potensi mekanisme itu dalam usaha merevolusi amalan perindustrian mampan.

Belanjawan 2025: BIMB Securities Jangka Defisit Fiskal Malaysia Rendah Pada 3.5 Peratus

KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- BIMB Securities Sdn Bhd menjangkakan defisit fiskal yang lebih rendah sebanyak 3.5 peratus sejajar dengan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) untuk Belanjawan 2025. 

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Bagi Hari Dagangan Ketiga Berturut-turut

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini bagi hari dagangan ketiga berturut-turut disebabkan terutamanya oleh langkah India mengenakan cukai import tinggi ke atas minyak boleh dimakan. 

India Naikkan Cukai Import Minyak Sawit Dan Minyak Makan Lain Sebanyak 20 Peratus

Daripada Shakir Husain

NEW DELHI, 14 Sept (Bernama) -- India menaikkan cukai import ke atas minyak sawit dan minyak makan lain sebanyak 20 peratus, satu langkah yang dilihat sebagai membantu petani biji benih minyak tempatan.