1tahun ago
KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) -- Microsoft komited bekerjasama dengan kerajaan untuk memacu inovasi kecerdasan buatan (AI) yang bertanggungjawab di Malaysia dan membentuk transformasi digital dengan memberi manfaat kepada semua orang pada masa depan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 bakal meningkatkan keterangkuman, pengagihan kekayaan yang saksama serta menangani isu sosial melalui pertumbuhan ekonomi sambil memastikan kebajikan rakyat melalui pengurusan fiskal berhemah dan subsidi bersasar.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 akan menjadi asas utama dalam membina ekonomi yang dipacu oleh digital dan inovasi seterusnya meletakkan Malaysia ke arah mencapai negara berpendapatan tinggi.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) -- Global EduTech Management Group (GEM Education) komited untuk memperuntukkan RM100 juta bagi menyokong Advanced Semiconductor Academy of Malaysia (ASEM) membangunkan bakat bertaraf dunia dan menyediakan pendidikan berkaitan industri bagi masa depan digital yang dipacu semikonduktor.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) -- Pavilion Malaysia di acara Tokyo Game Show (TGS) 2024 pada September lepas, berjaya menjana potensi jualan bernilai US$67.11 juta (US$1=RM4.29) daripada 150 mesyuarat niaga membabitkan syarikat-syarikat permainan Malaysia dan Jepun.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) -- Pelaburan berjumlah RM85.7 bilion dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) diperlukan bagi memastikan sasaran Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN) 2021-2030 dapat dicapai.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) -- Taiwan sedang mencari 10,000 jurutera semikonduktor dan industri berkaitan setiap tahun bagi menyokong peranannya sebagai hab utama industri semikonduktor, dengan Taiwan Semiconductor Manufacturing Co (TSMC) menjadi pemain utama industri berkenaan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) -- Qube Integrated Malaysia Sdn Bhd (QUBE) menamakan Gamuda Bhd sebagai Penaja Platinum untuk Pameran Industri Bangunan dan Pembinaan Antarabangsa Malaysia 2024 (BuildXpo 2024) yang berlangsung dari 22 hingga 24 Okt, 2024 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), di sini.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) -- Status kemajuan pelaksanaan Pelan Hala Tuju Kecerdasan Buatan Negara 2021-2025 mencapai pada kadar 63 peratus pada suku ketiga 2024.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Sektor semikonduktor Malaysia berpotensi meningkatkan landskap teknologi Asia Tenggara, demikian kata pakar pemain industri reka bentuk litar bersepadu (IC) Skyechip, Weeroc dan Chipsbank di Konvensyen Ekonomi Digital dan Bandar Pintar Selangor (SDEC) 2024 hari ini.
1tahun ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Malaysia berfungsi sebagai pintu masuk utama untuk eksport Taiwan ke negara-negara Asia memandangkan wujud banyak persamaan dalam perjalanan pembangunan mereka, kata Timbalan Datuk Bandar Kaohsiung, Charles Lin.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Invest Selangor Bhd menyasarkan sebanyak 10 syarikat berasaskan sains hayat menyertai Program Perkongsian Makmal Selangor menjelang akhir tahun ini.