Terdapat 936 berita berdasarkan kata kunci carian " perkembangan"

Dasar Peralihan Tenaga Buka Peluang Pemain OGSE Kembang, Teroka Pasaran Baharu

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Sektor perkhidmatan dan peralatan minyak (OGSE) perlu melihat dasar peralihan tenaga kerajaan yang kukuh sebagai peluang untuk berkembang dan meneroka pasaran baharu serta kerjasama dengan rakan kongsi antarabangsa, kata Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi Datuk Nor Azmie Diron.

Ringgit Masih Kukuh, Naik 5.03 Peratus Berbanding Dolar AS Setakat 4 Nov - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Nilai ringgit masih kukuh walaupun terdapat pelbagai perkembangan dan penyesuaian pasaran baru-baru ini apabila setakat 4 Nov 2024,  mata wang tempatan mengukuh 5.03 peratus berbanding dolar AS.

Tiga Prinsip Asas Pacu Peranan Kewangan Islam Lonjak Ekonomi - BNM

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Kewangan Islam berpotensi besar dalam usaha melonjakkan ekonomi menerusi tiga prinsip asas - Maqasid Syariah, inovasi dan integrasi global, kata Bank Negara Malaysia (BNM).

Saham Perladangan, Pembinaan Pacu Bursa Malaysia Ditutup Meningkat

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan Isnin dengan mencecah paras intra harian tertinggi, dipacu oleh aktiviti memburu saham wajaran tinggi, terutama perladangan dan pembinaan.

IATA Tawar Mata Wang Digital Dalam Sistem Penyelesaian Kewangan

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) akan menawarkan mata wang digital dalam sistem penyelesaian kewangan yang dikendalikannya untuk industri penerbangan.

Untung Bersih Suku Ketiga LPI Capital Melonjak Kepada RM123.94 Juta

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Keuntungan bersih suku ketiga LPI Capital Bhd melonjak kepada RM123.94 juta daripada RM97.92 juta pada suku yang sama tahun lepas.

Khazanah Lancar Jelawang Capital, Pacu Ekosistem Modal Teroka Malaysia

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Khazanah Nasional Bhd pada Isnin melancarkan Jelawang Capital Sdn Bhd (Jelawang Capital) iaitu ‘national fund-of-funds’ (NFOF) bagi memacu pertumbuhan ekosistem modal teroka negara ini.

Malaysia Terus Jadi Hab Logistik Bagi Panel Solar Ketika Kenaikan Tarif AS

SEPANG, 28 Okt (Bernama) -- Malaysia terus berfungsi sebagai hab logistik untuk panel solar ketika Amerika Syarikat (AS) menaikkan tarif ke atas peralatan solar dari Asia Tenggara, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook.

Permintaan Untuk Bangunan Hijau Di Malaysia Dijangka Capai 10 Juta Kaki Persegi Setiap Tahun

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Permintaan untuk bangunan hijau (bangunan yang bercirikan teknologi binaan mesra alam semulajadi) di Malaysia dijangka meningkat dengan ketara untuk beberapa tahun akan datang, berpotensi mencecah sekitar 10 juta kaki persegi setiap tahun.

BMS 2024 Galakkan Amalan Menabung

KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- Sebanyak RM19 bilion jumlah deposit daripada produk Simpan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN) diterima dengan bilangan akaun berjumlah 6.61 juta setakat 30 Sept lepas.

Malaysia Perlu Siap Siaga, Ada Semua Penampan Hadapi Perubahan Persekitaran Ekonomi Global

KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- Malaysia, sebagai sebuah ekonomi kecil dan terbuka, perlu memastikan keadaan siap siaga dengan baik dan mempunyai semua penampan yang diperlukan untuk menghadapi perubahan persekitaran ekonomi global, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.

Niaga Hadapan MSM Dijangka Diniagkan Dalam Kecenderungan Meningkat Minggu Depan

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dalam kecenderungan meningkat minggu depan, kata seorang peniaga.