| BERITA TERKINI | Liga Super: PDRM FC 1-1 KL City FC | |
Terdapat 1113 berita berdasarkan kata kunci carian " modal"
Penganalisis Berbeza Pandangan Mengenai O&G Selepas PAO 2025-2027 Diumum
KUALA LUMPUR, 31 Jan (Bernama) -- Kalangan penganalisis berbeza pandangan mengenai unjuran sektor minyak dan gas (O&G) Malaysia selepas Prospek Aktiviti Petronas (PAO) 2025-2027 diumumkan, yang mengunjurkan pengurangan aktiviti huluan dan penekanan terhadap perkhidmatan penyelenggaraan.
MAHB Akan Dinyahsenarai Dari Pasaran Utama, Hari Terakhir Dagangan Pada 19 Feb
KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) akan dinyahsenarai dari Pasaran Utama Bursa Malaysia kerana peratusan saham syarikat yang dimiliki oleh pelabur awam minimumnya kini kurang daripada 25 peratus.
Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Jualan Berterusan
Oleh Anas Abu Hassan
KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan dagangan lemahnya untuk ditutup rendah hari ini susulan jualan yang berterusan apabila pasaran dipengaruhi oleh reaksi negatif Wall Street terhadap pengenalan model kecerdasan buatan (AI) DeepSeek oleh China, kata seorang penganalisis.
Pemberian Pembiayaan microLEAP Meningkat Kepada RM125 Juta Pada 2024
KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Platform pembiayaan rakan setara (P2P) microLEAP mencatatkan peningkatan 101 peratus tahun ke tahun dalam pengeluaran pembiayaan, melonjak kepada RM125 juta pada 2024 daripada RM62.18 juta pada 2023.
Makmal Inovasi Kewangan Iklim Dijangka Beroperasi Pada Separuh Pertama 2025 - BNM
KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Makmal Inovasi Kewangan Iklim (CFIL) yang diterajui oleh Bank Pembangunan Malaysia Bhd (BPMB), dijangka mula beroperasi pada separuh pertama 2025 (1H 2025), menurut Bank Negara Malaysia (BNM).
Bursa Malaysia Jangka 60 IPO Disenarai Pada 2025 Dengan Permodalan Pasaran RM40.2 Bilion
KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia Bhd menjangkakan sebanyak 60 tawaran awam permulaan (IPO) akan disenarai pada 2025 dengan permodalan pasaran berjumlah RM40.2 bilion.
Bursa Malaysia Lantik Fad'l Mohamed Sebagai CEO Baharu
KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia Bhd (Bursa Malaysia) melantik Datuk Fad’l Mohamed sebagai Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO) yang baharu berkuat kuasa 1 Mac 2025.
IPO : Bakal Disenaraikan Di Pasaran ACE, ES Sunlogy Sasar Kumpul RM42 Juta
KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- ES Sunlogy Bhd yang bakal disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia, menyasarkan untuk mengumpulkan sejumlah RM42 juta menerusi langkah tawaran awam permulaannya (IPO).
Keuntungan Bersih Tahun Kewangan 2024 Bursa Malaysia Meningkat Kepada RM310.12 Juta
KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Keuntungan bersih Bursa Malaysia Bhd melonjak 22.9 peratus kepada RM310.12 juta pada tahun kewangan berakhir 31 Dis 2024 (TK2024) daripada RM252.38 juta pada tahun sebelumnya, disokong oleh pengukuhan pasaran sekuriti dan derivatif serta prestasi perniagaan data.
SC Lancar Skim Kewangan Alternatif Untuk PMKS
KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini melancarkan SARANA, skim pembiayaan alternatif yang ditawarkan oleh sembilan pengendali platform pembiayaan rakan setara (P2P) berdaftar dengan SC di bawah sistem e-perolehan kerajaan.
Moody’s Kekalkan Penarafan Kredit Berdaulat Malaysia Pada 'A3', Tinjauan Stabil
KUALA LUMPUR, 25 Jan (Bernama) -- Moody’s Ratings (Moody’s) mengekalkan penarafan kredit berdaulat Malaysia pada ‘A3’ dengan tinjauan ‘Stabil’ di samping menyatakan prospek pertumbuhan jangka sederhana Malaysia yang memberangsangkan.