BNM Kekalkan Kadar Dasar Semalaman Pada 3.0 Peratus
KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) memutuskan Kadar Dasar Semalaman (OPR) dikekalkan pada 3.0 peratus menerusi mesyuarat pada Rabu.
KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) memutuskan Kadar Dasar Semalaman (OPR) dikekalkan pada 3.0 peratus menerusi mesyuarat pada Rabu.
KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Pembelian ke atas Pusat Beli-belah AEON Seri Manjung, Manjung, Perak diunjur memberikan impak positif kepada Sunway Real Estate Investment Trust (Sunway REIT) kerana hartanah itu dijangka merekodkan pendapatan yang lebih tinggi, menurut MIDF Amanah Investment Bank Bhd (MIDF Amanah IB).
KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Aktiviti belian saham pada harga rendah yang berterusan memacu Bursa Malaysia untuk ditutup tinggi hari ini, meskipun pendirian Presiden Amerika Syarikat Donald Trump (AS) terhadap dasar tarif yang baharu masih belum ditentukan.
KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Malaysia mencatatkan pertumbuhan ketara dalam sektor penerbangan pada 2024, didorong oleh pertambahan 12 syarikat penerbangan baharu, 16 penerbangan yang disambung semula dan 24 destinasi baharu, menurut Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).
KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Malaysia dalam kedudukan tepat untuk mengemudi cabaran luar pada tahun ini susulan dasar pentadbiran Presiden Donald Trump 2.0 selain mencapai pertumbuhan mampan dengan mengekalkan persekitaran dasar yang stabil serta memanfaatkan sektor pertumbuhan utama.
KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Agrobank menjalin nota kerjasama dengan Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi Program Pembiayaan Ladang Kontrak Agro Defence khusus untuk veteran ATM.
KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Industri automotif Malaysia mencatatkan rekod jualan keseluruhan industri (TIV) sebanyak 816,747 unit pada 2024, melepasi angka 800,000 unit buat pertama kalinya.
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Malaysia dijangka mengekalkan keteguhan pertumbuhan ekonomi pada 2025 walaupun menghadapi cabaran luar, didorong oleh permintaan domestik yang berdaya tahan, lonjakan pelaburan asing dan pemulihan dalam permintaan teknologi global.
KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Ringgit memulakan urus niaga Selasa dengan lebih mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) yang lemah selepas Presiden Donald Trump dalam ucapan sulungnya sebagai Presiden ke-47, tidak mengumumkan sebarang tarif baharu, khususnya ke atas China.
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini, terutamanya didorong oleh penurunan dolar Amerika Syarikat (AS) dan penyusutan berterusan hasil Perbendaharaan AS, susulan data inflasi yang lemah minggu lepas.
KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Eksport minyak sawit Malaysia dijangka mengalami penurunan bermusim pada Januari dan Februari tahun ini, terutamanya disebabkan pengeluaran yang merosot, kata Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC).
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 18 Jan (Bernama) -- Pasaran getah dijangka meningkat sedikit minggu depan, dengan permintaan stabil menjelang perayaan Tahun Baharu Cina, kata pakar industri Dennis Low.