1tahun ago
KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia meraih prestasi positif pada tengah hari dengan mencecah paras 1,600 memandangkan pelabur membeli saham wajaran tinggi terpilih dalam sektor produk dan perkhidmatan industri, utiliti serta telekomunikasi dan media.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini walaupun Wall Street rendah pada Jumaat lepas berikutan penganalisis berhati-hati bahawa lonjakan yang didorong oleh Trump mungkin tidak akan berterusan lagi selepas Parti Republikan menguasai Dewan Perwakilan dan Senat.
1tahun ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia mencatatkan penurunan untuk ditutup rendah hari ini, didorong oleh aktiviti pengambilan untung selepas kenaikan selama empat hari dalam persekitaran prestasi pasaran serantau yang kebanyakannya tinggi, kata penganalisis.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal rendah pada tengah hari ini, didorong oleh sentimen pelabur yang berhati-hati walaupun Wall Street mencatat prestasi kukuh dalam tempoh semalaman.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini, didorong oleh dasar ekonomi tempatan yang menggalakkan, sentimen positif daripada pendapatan saham teknologi yang kukuh dan prospek pasaran Amerika Syarikat (AS) yang memberangsangkan, kata penganalisis.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia meningkat pada sesi pembukaan pada Rabu, dengan FBM KLCI dijangka diniagakan dalam julat 1,615 hingga 1,625 mata menjelang dua acara penting hari ini - keputusan Kadar Dasar Semalaman (OPR) oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dan keputusan pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi sedikit dalam dagangan berhati-hati menjelang pembentangan Belanjawan 2025 hari ini, kata penganalisis.
1tahun ago
Oleh Kisho Kumari Sucedaram
KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini seiring dengan prestasi lemah di Wall Street apabila inflasi Amerika Syarikat (AS) yang lebih tinggi daripada jangkaan telah melenyapkan harapan penurunan kadar AS yang lebih besar pada bulan depan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah semasa mengakhiri sesi pagi ini berikutan peniaga mencari petunjuk mengenai data Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Amerika Syarikat (AS) yang akan datang untuk menilai langkah-langkah kadar faedah oleh Rizab Persekutuan pada masa depan, kata penganalisis.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Pengeluar sarung tangan getah Top Glove Corporation Bhd meminta kerajaan mengurangkan sehingga separuh kadar levi eksport produk itu dalam Belanjawan 2025.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Pengeluar sarung tangan, Top Glove Corporation Bhd jangka akan mencatatkan keuntungan semula menjelang tahun kewangan 2025 selepas didorong oleh peningkatan jumlah jualan dan kadar penggunaan yang lebih baik.
1tahun ago
Oleh Kisho Kumari Sucedaram
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia mengekalkan momentum peningkatannya pada akhir dagangan Khamis, didorong oleh minat belian ketara terhadap saham susulan jualan baru-baru ini, kata penganalisis.