BERITA TERKINI   Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di empat negeri sehingga 12 tengah hari ini - MetMalaysia | 

Terdapat 270 berita berdasarkan kata kunci carian "perbankan"

Pengambilan Untung Asak Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 16 April -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi lebih rendah, dipengaruhi oleh aktiviti pengambilan untung ke atas beberapa saham berwajaran tinggi, terutamanya dalam sektor produk perindustrian, perbankan dan utiliti.

SAS Mahu Adaptasi Strategi Pengurusan Risiko & Pematuhan Rantau Lain Pacu Sektor Perbankan

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Firma analisis dan kecerdasan buatan (AI) global, SAS Institute Inc berhasrat untuk mengadaptasi strategi pengurusan risiko dan pematuhan yang berjaya dari pasaran serantau lain bagi merangsang pertumbuhan industri perbankan dan perkhidmatan kewangan di Malaysia.

Bank Rakyat Lantik Ahmad Shahril Sebagai CEO Baharu

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Bank Rakyat melantik Ahmad Shahril Mohd Shariff sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) berkuat kuasa 9 April 2025.

Maybank Perluas Akses Pembayaran QR Ke Kemboja Melalui Aplikasi MAE

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- pelanggan Maybank yang melancong ke Kemboja kini boleh membuat pembayaran runcit KhmerQR secara serta-merta melalui Aplikasi MAE, pada bila-bila masa dan di mana jua dengan kadar pertukaran yang rendah.

Pernas Lantik Nor Azam Sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Baharu

KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Perbadanan Nasional Bhd (Pernas) mengumumkan pelantikan Datuk Nor Azam M. Taib sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu berkuat kuasa hari ini. 

Maybank Lancar Maybank Global Access Bagi Perbankan Antarabangsa Patuh Syariah

KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Kumpulan Maybank melancarkan Maybank Global Access, penyelesaian inovatif yang mengintegrasikan akaun pelbagai mata wang patuh Syariah yang dikenali sebagai Maybank Global Access Account-i dengan kad debit Mastercard World Maybank Global Access.

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Rendah

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berada dalam wilayah negatif hari ini dengan mengakhiri minggu ini dalam keadaan suram, terjejas dengan penjualan saham mewah perbankan memandangkan pelabur terus menilai prospek perdagangan global.

Black Group Dari Singapura Ambil Alih LifeBank, Tingkatkan Penyelesaian Usia Sihat Dan Aktif

SINGAPURA, 10 April (Bernama) -- Black Group Investment Holding yang berpusat di Singapura mengambil alih LifeBank Stem Cells iaitu pengedar perbankan sel stem dan penyelesaian terapi selular.

AmBank Beri Pembiayaan RM307 Juta Kepada Projek Infrastruktur Chin Hin Group

KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- AmBank Group telah memberikan kemudahan pembiayaan RM307 juta kepada anak syarikat Chin Hin Group Bhd, Aricia Sdn Bhd dan Makna Setia Sdn Bhd, untuk menyokong beberapa pembangunan hartanah serta infrastruktur di Lembah Klang termasuk Sabah dan Sarawak.

UOB Malaysia Diiktiraf Bank Terbaik Global Finance 2025

KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- UOB Malaysia telah dinobatkan sebagai Bank Terbaik Malaysia di Anugerah Bank Terbaik Dunia 2025 - Asia Pasifik tahunan yang ke-32 oleh majalah Global Finance.

Alliance Bank Hampir Capai Sasaran Pinjaman Kemampanan Baharu RM15 Bilion, Dorong ESG PKS

KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) -- Alliance Bank Malaysia Bhd kini hampir mencapai RM15 bilion bagi perniagaan perbankan mampan baharu untuk projek hijau sekali gus menyokong perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menjelang tahun kewangan sasaran 2027.

OCBC Bank Sedia Bantuan Mengenai Pinjaman Kepada Pelanggan Terjejas Kebakaran Di Putra Heights

KUALA LUMPUR, 4 April (Bernama) -- OCBC Bank (Malaysia) Bhd bersama-sama anak syarikat perbankan Islamnya OCBC Al-Amin Bank Bhd meminta pelanggan yang terjejas akibat kebakaran di Putra Heights baru-baru ini untuk menghubungi bank berkenaan bagi mendapatkan bantuan atau penstrukturan semula pinjaman dan skim pembiayaan mereka.