16hari ago
KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) -- Pengenalan B100, biodiesel berasaskan 100 peratus minyak sawit, berpotensi menjadi sumber tenaga alternatif yang lebih kompetitif dan berdaya tahan dalam menghadapi ketidaktentuan akibat krisis Asia Barat.
17hari ago
BANGI, 7 April (Bernama) -- Asas ekonomi Malaysia yang kukuh membolehkan negara mendepani dan mengharungi ketidaktentuan global termasuk konflik yang berpanjangan di Asia Barat, kata Ketua Ahli Ekonomi Ambank Group Firdaos Rosli.
17hari ago
KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) -- Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB) kekal optimis terhadap sektor pembinaan, disokong oleh permintaan berterusan untuk pusat-pusat data dan komitmen perbelanjaan modal yang berterusan daripada firma teknologi global sehingga 2026.
17hari ago
SHAH ALAM, 6 April (Bernama) -- Kumpulan Industri-Kerajaan Bagi Teknologi Tinggi (MIGHT) dan Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) hari ini memeterai memorandum kolaborasi (MoC) bagi merancakkan pembangunan industri berteknologi tinggi serta menarik pelaburan strategik di Selangor.
17hari ago
KUALA LUMPUR, 6 April (Bernama) -- Tawaran pengambilalihan Sunway Bhd ke atas IJM Corporation Bhd luput selepas gagal memenuhi syarat meraih lebih 50 peratus daripada saham undian, menurut Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB).
17hari ago
KUALA LUMPUR, 6 April (Bernama) -- Weststar Group tidak terjejas dengan konflik Asia Barat kerana telah keluar daripada operasi pengangkutan luar pesisir di rantau itu sejak akhir tahun lepas.
17hari ago
GEORGE TOWN, 6 April (Bernama) -- Advantech Co Ltd, peneraju global dalam kecerdasan buatan (AI) industri dan penyelesaian Edge memeterai tiga memorandum persefahaman (MoU) bagi mempercepat inovasi dan pelaksanaan penyelesaian AI di seluruh rantau ASEAN.
17hari ago
Oleh Siti Raziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 6 April (Bernama) -- Persidangan Peralihan Tenaga 2026 (ETCon26) yang bakal berlangsung akan menjadi platform utama untuk memacu kecerdasan buatan (AI) sebagai medan baharu inovasi, sekali gus menggerakkan fasa seterusnya peralihan tenaga Malaysia.
18hari ago
KUALA LUMPUR, 6 April (Bernama) -- Geohan Corporation Bhd melalui anak syarikatnya, Geohan Sdn Bhd meraih dua pakej subkontrak bernilai keseluruhan RM103 juta bagi Projek Sambungan Lebuhraya Pantai Baharu (New Pantai Highway) daripada IJM Construction Sdn Bhd.
18hari ago
KUALA LUMPUR, 6 April (Bernama) -- Pencapaian 100 hari Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Steven Sim Chee Keong menerusi inisiatif “Hebatkan Perniagaan Malaysia” dilihat sebagai satu permulaan yang baik, namun kerajaan digesa memberi tumpuan kepada reformasi struktur bagi menyokong perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).
18hari ago
KUALA LUMPUR, 6 April (Bernama) -- UOB Malaysia dan Pengurusan Aset Air Bhd (PAAB) hari ini melancarkan Program Pembiayaan Vendor UOB-PAAB untuk meningkatkan akses pembiayaan kepada pembekal dan vendor dalam ekosistem rantaian bekalan PAAB.
18hari ago
KUALA LUMPUR, 5 April (Bernama) -- Mendiang Tun Dr Ling Liong Sik memainkan peranan penting dalam pembangunan modal insan dan merupakan seorang yang berwawasan dalam mengiktiraf industri logistik sebagai tonggak utama pertumbuhan ekonomi Malaysia.