2bulan ago
KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Dagangan Bursa Malaysia rendah setakat tengah hari ini susulan penyusutan pasaran serantau apabila pelabur meneruskan aktiviti pengambilan untung dalam saham-saham wajaran tinggi, didahului kaunter kewangan serta produk dan perkhidmatan pengguna.
2bulan ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif ditutup lebih rendah pada Selasa selepas China memotong insentif cukai ke atas pembelian barang kemas runcit pada hujung minggu sebelum ini, kata rakan pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan prestasi tinggi pada Selasa, apabila belian berterusan di kaunter berwajaran tinggi terpilih, didahului saham kewangan, mendorong sentimen pasaran.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan sesi pagi dengan pergerakan meningkat pada Isnin, menjejaki prestasi kukuh di Wall Street pada Jumaat lepas.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 31 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif ditutup tidak berubah hari ini, walaupun adanya momentum positif yang dilihat di pasaran emas COMEX Amerika Syarikat.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 31 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah sedikit ketika sesi dagangan tengah hari ini berikutan aktiviti pengambilan untung, terutamanya dalam kaunter telekomunikasi, produk pengguna dan perladangan.
2bulan ago
GYEONGJU (Korea Selatan), 31 Okt (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan bertemu dengan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Nvidia, Jensen Huang di luar Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) untuk membincangkan mengenai pembangunan Kecerdasan Buatan (AI) di Malaysia.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Pertemuan antara Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dan rakan sejawatnya dari China Xi Jinping hari ini seharusnya dialu-alukan sebagai perkembangan baik bagi masyarakat antarabangsa.
2bulan ago
GYEONGJU (Korea Selatan), 30 Okt (Bernama) -- Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berlepas pulang ke Washington hari ini selepas mengadakan pertemuan selama lebih sejam dengan rakan sejawatnya dari China, Xi Jinping di Busan.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia mengekalkan momentum peningkatannya pada tengah hari ketika pelabur terus ligat memburu saham-saham berharga rendah, terutama sektor barangan pengguna, kewangan dan utiliti.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia diniaga rendah pada sesi dagangan tengah hari ini disebabkan aktiviti pengambilan untung kebanyakannya dalam saham produk pengguna, perladangan dan utiliti.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi ini lebih tinggi dalam persekitaran sentimen pelabur yang positif susulan Perjanjian Perdagangan Timbal Balas yang bersejarah yang dimeterai semalam antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS).