2bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Rabu apabila pelabur menjangkakan data ekonomi Amerika Syarikat (AS), yang akan dikeluarkan kelak, mendorong Rizab Persekutuan AS (Fed) melonggarkan dasarnya pada Disember.
2bulan ago
GEORGE TOWN, 18 Nov (Bernama) -- Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) Malaysia-Amerika Syarikat (AS) dijangka membuka peluang akses bebas tarif kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) halal tempatan termasuk Pulau Pinang ke pasaran AS.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- Malaysia perlu mengembangkan syarikat multinasional (MNC) sendiri dalam sektor perkhidmatan dan pembuatan, kata Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Liew Chin Tong.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Pihak industri penjagaan kesihatan serta insurans/takaful mengaktifkan semula Jawatankuasa Mekanisme Aduan Kesihatan (GMC) dengan sokongan Kementerian Kesihatan (KKM) dan Bank Negara Malaysia (BNM).
2bulan ago
Oleh Anas Abu Hassan
KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Pertumbuhan ekonomi suku ketiga Malaysia membuktikan momentum domestik semakin mengukuh walaupun keadaan luaran kekal tidak menentu, kata seorang ahli ekonomi.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) – Cadangan produk asas insurans/takaful perubatan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) kini dalam proses untuk dimuktamadkan tahun ini, termasuk melibatkan pelaksanaan usaha rintis bermula tahun depan yang menjadi antara strategi menangani inflasi perubatan serta peningkatan premium insurans.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Ringgit pada amnya stabil berbanding dolar AS dengan sedikit penambahan nilai sebanyak 0.05 peratus pada suku ketiga 2025 dan meningkat 8.2 peratus sejak awal tahun hingga 12 Nov 2025, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 5.2 peratus pada suku ketiga 2025 berbanding 4.4 peratus pada suku kedua 2025, didorong oleh permintaan dalam negeri dan pertumbuhan eksport yang lebih tinggi, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Genting Malaysia Bhd mengesahkan bahawa akan ada bayaran yang dikenakan untuk kenderaan yang memasuki Jalan Genting Highlands pada tarikh yang akan diumumkan kelak.
2bulan ago
Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi
KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Timor-Leste mempelawa pelabur ASEAN untuk menyertai pembangunan projek medan gas Greater Sunrise, yang dijangka membuka peluang pelaburan baharu dan memperkukuh penyertaan industri tempatan, kata Duta Besarnya ke Malaysia Lisualdo Gaspar.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Ringgit terus mencatat pengukuhannya apabila mencecah 4.12 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) sewaktu urus niaga dibuka hari ini, paras tertinggi baharu dalam tempoh lebih 13 bulan susulan kelemahan mata wang negara maju itu berikutan data ekonominya yang lemah.
2bulan ago
SEPANG, 11 Nov (Bernama) -- Ekspo Pengangkutan Asia (TXA) 2025 akan menjadi platform strategik bagi menarik pelaburan asing dan memperkukuh kerjasama antarabangsa dalam sektor pengangkutan hijau serta digital, kata Kementerian Pengangkutan.