3bulan ago
KUCHING, 4 Mac (Bernama) -- Kerajaan Sarawak dan Huawei Technologies (Malaysia) Sdn Bhd menandatangani memorandum persefahaman (MOU) untuk memacu transformasi digital Sarawak melalui perluasan sambungan tanpa wayar ke kawasan pinggir bandar dan luar bandar.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) -- Kerajaan sedang mengambil tindakan sewajarnya bagi menentukan sama ada undang-undang Malaysia dilanggar berhubung dakwaan penghantaran cip kecerdasan buatan (AI) yang disekat oleh Amerika Syarikat (AS) dari Singapura ke Malaysia, kata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) -- Saliran Group Bhd yang bakal disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada 13 Mac, telah terlebih langgan sebanyak 76.03 kali.
3bulan ago
KUCHING, 3 Mac (Bernama) -- Grab Malaysia dan Sarawak Digital Economy Corporation Bhd (SDEC) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) untuk mempercepat transformasi digital di Sarawak, khususnya dalam sektor pelancongan dan perniagaan kecil.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mengumumkan pengantaran pertama gas asli cecair (LNG) daripada usaha sama mereka, LNG Canada dijangka tiba Julai ini.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Feb (Bernama) -- Malakoff Corporation Bhd kembali mencatatkan keuntungan bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2024 dengan keuntungan bersih RM268.69 juta berbanding kerugian bersih RM837.16 juta pada tahun kewangan 2023.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Feb (Bernama) -- Pembekal paip minyak dan gas (O&G) yang akan disenaraikan di Pasaran ACE, Saliran Group Bhd menyasarkan untuk mengumpul RM21.71 juta melalui tawaran awam permulaan (IPO).
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Perkhidmatan atas permintaan, Grab termasuk perkhidmatan e-panggilan dan penghantarannya menyumbang sebanyak RM9.9 bilion kepada ekonomi Malaysia pada 2023, menurut laporan baharu oleh firma perunding ekonomi tempatan, EconWorks.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Kerajaan komited untuk meningkatkan campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) dalam pembekalan elektrik negara secara berperingkat dan terancang bagi memastikan keperluannya dalam pembangunan pusat data dapat dipenuhi.
4bulan ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 16 Feb (Bernama) – Malaysia perlu meneraju pembangunan ekosistem logistik halal yang komprehensif dengan menyegerakan penubuhan piawaian persendirian pertama global dalam logistik.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Feb (Bernama) -- Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) hari ini menganjurkan taklimat Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN (ASEAN-BAC) Malaysia untuk berkongsi 12 inisiatif utama bagi tahun kepengerusian ASEAN Malaysia kepada lebih 40 organisasi perniagaan.
4bulan ago
Oleh NurulJannah Kamaruddin
KUALA LUMPUR, 14 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia naik semula daripada penurunan sebelum ini, mencerminkan pemulihan Wall Street tetapi sentimen kekal lemah disebabkan ketidaktentuan terhadap tekanan inflasi Amerika Syarikat (AS).