Terdapat 256 berita berdasarkan kata kunci carian " lebihan"

Ahli Ekonomi AmBank Unjur Ringgit Cecah 4.27 Menjelang Akhir 2025

KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) -- Nilai ringgit diunjur mencecah paras 4.27 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) menjelang akhir 2025 susulan peningkatan kecil pengukuhan mata wang negara maju itu selain pengurangan sokongan daripada akaun dagangan Malaysia.

Penyahsenaraian FGV Bolehkan Felda Tumpu Pulangan Bagi Peneroka, Nilai Pegangan Saham

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) – Langkah penyahsenaraian FGV Holdings Bhd daripada Bursa Malaysia esok, memberi peluang lebih besar kepada salah satu pengeluar minyak sawit terbesar dunia itu melaksanakan strategi, termasuk menumpukan usaha menjana pulangan lebih menarik kepada peneroka selain nilai bagi pemegang sahamnya.

Kadar Antara Bank Jangka Pendek Ditutup Stabil Susulan Operasi BNM

KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Tinjauan Minyak Sawit Malaysia Kekal Positif Dipacu Pengukuhan Eksport, Harga MSM Tinggi

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 24 Ogos (Bernama) -- Industri minyak sawit Malaysia dijangka kekal positif dalam tempoh terdekat, disokong oleh eksport yang lebih kukuh dan inventori yang semakin berkurangan, kata Penganalisis Kanan Fastmarkets Palm Oil Analytics Sathia Varqa.

Kadar Jangka Pendek Dijangka Kekal Stabil Susulan Operasi BNM

KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Bernama) --  Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Kadar Jangka Pendek Ditutup Stabil Susulan Operasi BNM

KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Bernama) -- Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Keuntungan Bersih Dialog Group Turun Kepada RM303.83 Juta Pada Tahun Kewangan 2025

KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih Dialog Group Bhd untuk tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2025 merosot kepada RM303.83 juta berbanding RM575.03 juta dicatatkan pada tahun kewangan 2024.

LHDN Bayar Balik Lebihan Cukai RM9.35 Bilion Kepada Tiga Juta Pembayar Cukai - MOF

KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah mengeluarkan bayaran balik lebihan cukai berjumlah RM9.35 bilion kepada lebih tiga juta pembayar cukai sehingga 30 Jun, 2025, kata Kementerian Kewangan (MOF). 

MPOC Jangka Harga MSM Kekal Atas RM4,300 Setan Dalam Jangka Terdekat

KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) -- Harga minyak sawit mentah (MSM) dijangka berada di atas RM4,300 setan dalam jangka masa terdekat walaupun berlaku ketidakstabilan harga, kata Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC).

Eksport Ke Pasaran Utama Kekal Mampan, Disokong Oleh Permintaan E&E - MBSB IB

KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) -- MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB) menjangkakan eksport  ke pasaran utama akan mencatatkan pertumbuhan mampan pada masa depan, disokong oleh permintaan yang stabil bagi produk elektrikal dan elektronik (E&E) walaupun berdepan cabaran tarif.

Prestasi Perdagangan Malaysia Naik 3.8 Peratus Kepada RM265.92 Bilion Pada Julai - MITI

KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) -- Prestasi perdagangan Malaysia kembali mencatatkan pertumbuhan positif sebanyak 3.8 peratus tahun ke tahun kepada RM265.92 bilion, nilai perdagangan bulanan tertinggi pernah direkodkan, kata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

Imbangan Akaun Semasa Malaysia Dijangka Kekal Catat Lebihan Tahun Ini - Gabenor BNM

KUALA LUMPUR, 15 Ogos (Bernama) -- Imbangan akaun semasa Malaysia dijangka kekal mencatatkan lebihan antara 1.5 peratus hingga 2.5 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2025, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.