Bursa Malaysia Dibuka Tinggi
KUALA LUMPUR, 19 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Khamis, mencerminkan kenaikan dalam pasaran serantau disebabkan sentimen bertambah baik susulan pertumbuhan ekonomi domestik yang kukuh.
KUALA LUMPUR, 19 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Khamis, mencerminkan kenaikan dalam pasaran serantau disebabkan sentimen bertambah baik susulan pertumbuhan ekonomi domestik yang kukuh.
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 16 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia mengatasi penurunan awalnya dan ditutup tinggi sedikit pada Isnin berikutan pelabur terus mengambil pendekatan berhati-hati dan mengambil peluang berbanding mengelakkan risiko secara menyeluruh menjelang cuti Tahun Baharu Cina.
KUALA LUMPUR, 16 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah semasa mengakhiri sesi dagangan pagi ini berikutan jualan berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih yang terus menjejaskan sentimen pasaran.
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 16 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah dalam dagangan awal pada Isnin berikutan aktiviti pengambilan untung yang berterusan dalam penyertaan yang berkurangan menjelang tempoh cuti panjang.
Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 14 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka kekal stabil minggu depan susulan kenaikan kukuh baru-baru ini, dengan jumlah dagangan dijangka kekal rendah sepanjang minggu cuti yang panjang.
Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Jumaat berikutan pelabur terus merealisasikan keuntungan menjelang cuti Tahun Baharu Cina minggu depan manakala kebimbangan terhadap saham teknologi global terus menjejaskan sentimen dan selera risiko pelabur.
KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- Saham tempatan menutup sesi dagangan pagi pada paras rendah, didorong oleh jualan meluas dalam kalangan kaunter utama, seiring penurunan pasaran serantau.
Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia mencatatkan kenaikan sederhana dalam dagangan awal pada Jumaat, dengan jumlah dagangan dijangka kekal rendah berikutan pelabur terus berhati-hati menjelang cuti Tahun Baharu Cina minggu depan.
KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia menutup dagangan hari ini dalam zon rendah, dengan indeks utama susut 0.32 peratus manakala pasaran menyeluruh menyaksikan kaunter rugi mengatasi untung susulan aktiviti pengambilan untung dan sentimen lemah menjelang cuti Tahun Baharu Cina minggu depan.
KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia merosot kepada 0.36 peratus pada tengah hari, diheret turun oleh Maybank, CIMB dan 99 Speed Mart.
KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Kee Ming Group Bhd yang membuat penampilan sulung di Pasaran ACE Bursa Malaysia hari ini menyasarkan pertumbuhan berterusan dalam sektor tenaga boleh baharu (TBB), kemudahan ketersambungan dan voltan tinggi (HV), pembangunan pusat data serta reka dan bina projek perindustrian dalam tempoh beberapa tahun akan datang.
KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Khamis, menjejaki prestasi Wall Street, manakala jumlah dagangan yang lebih rendah menunjukkan kekurangan penyertaan runcit menjelang cuti Tahun Baharu Cina minggu depan.