Terdapat 77 berita berdasarkan kata kunci carian " maxis"

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Akhiri Penurunan Enam Hari, Indeks Komposit Naik 0.29 Mata

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini susulan aktiviti belian semasa harga rendah selepas penurunan selama enam hari, berikutan pelabur memburu peluang saham bermodal besar dengan penilaian menarik susulan jualan besar-besaran ekuiti global baru-baru ini.

​Bursa Malaysia Tinggi Semasa Akhir Sesi Dagangan Pagi

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia mencatatkan prestasi tinggi semasa mengakhiri sesi dagangan pagi pada Selasa, mengambil petunjuk daripada optimisme dalam pasaran Amerika Syarikat (AS) semalaman.

Maxis, Ambank Tingkat Kerjasama Pacu Transformasi Digital Dalam Penjagaan Kesihatan

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Maxis memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Kumpulan AmBank (Ambank) bagi memacu transformasi digital dalam sektor penjagaan kesihatan Malaysia.

FBM KLCI Meningkat Selepas Lima Hari Catat Penurunan

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Indeks barometer Bursa Malaysia meningkat selepas lima hari mencatatkan penurunan berikutan wujud minat baharu dengan pelabur membeli saham wajaran tinggi yang mengalami penurunan harga yang ketara baru-baru ini.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Jejak Prestasi Wall Street

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada sesi awal dagangan Rabu, mengambil petunjuk daripada prestasi semalaman Wall Street kerana kebanyakan peniaga kekal memilih untuk berada di luar pasaran kerana jangkaan bahawa Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) akan menurunkan kadar faedah.