1tahun ago
KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka didagangkan tidak banyak berubah minggu depan menjelang pengeluaran data ekonomi Amerika Syarikat (AS) semasa minggu berkenaan, kata seorang penganalisis.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) -- Pasaran getah tempatan dijangka diniagakan seimbang dengan dinamik permintaan dan penawaran mengimbangi antara satu sama lain memandangkan aktiviti perdagangan akan terhad pada tahap tertentu berikutan cuti Minggu Emas di China yang akan datang, kata pakar industri Denis Low.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka mencatatkan kenaikan semula minggu depan, didorong oleh kesan limpahan daripada kenaikan kukuh berterusan di pasaran China dan Amerika Syarikat (AS).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan mendatar minggu depan berikutan peniaga meneliti faktor pasaran bersempena cuti Minggu Emas di China yang akan datang, kata peniaga.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) -- Ringgit dijangka terus meningkat minggu depan, meskipun peniaga kekal berhati-hati terhadap petunjuk ekonomi utama Amerika Syarikat (AS), kata seorang penganalisis.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 27 Sept (Bernama) -- Bintai Kinden Corporation Bhd (BKCB) mengumumkan cadangan pelan regularisasi untuk keluar daripada status Nota Amalan 17 (PN17) dan memastikan kemampanan jangka panjang.
1tahun ago
Daripada Durratul Ain Ahmad Fuad
TOKYO, 27 Sept (Bernama) -- Industri permainan video Malaysia dijangka meraih peningkatan pelaburan asing terutama dari Jepun, menurut Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC).
1tahun ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 27 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Jumaat selepas mencatatkan kenaikan awal, berikutan peniaga mengambil untung susulan kenaikan harga yang berterusan baru-baru ini, kata peniaga.
1tahun ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 27 Sept (Bernama) -- Ringgit melonjak ke paras 4.12 berbanding dolar AS pada Jumaat, muncul sebagai antara mata wang yang mencatatkan prestasi terbaik di dunia.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 27 Sept (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) sedang mendapatkan maklum balas mengenai cadangan pelan hala tuju tiga tahun peralihan penuh kepada Kadar Semalaman Malaysia (MYOR) dan Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) di samping penamatan Kadar Tawaran Antara Bank Kuala Lumpur (KLIBOR).
1tahun ago
SHAH ALAM, 27 Sept (Bernama) -- Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) memperkenalkan Kad Kredit-i Mastercard Inspire, kad kredit patuh syariah yang direka khusus untuk golongan profesional muda dengan menawarkan pengecualian fi tahunan sepanjang hayat.
1tahun ago
KUCHING, 27 Sept (Bernama) -- Kerajaan negeri Sarawak tidak akan campur tangan dalam operasi perniagaan Affin Bank walaupun muncul sebagai pemegang saham terbesarnya, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.