BERITA TERKINI   Liga Super: Kuching City FC 4-0 Melaka FC | Sukan SEA 2025: Skuad ekuestrian polo negara raih pingat emas kategori 4-6 Goals | Liga Super: Imigresen FC 2-3 Terengganu FC | Liga Super: Penang FC 3-0 PDRM FC | Sukan SEA 2025: Gandingan penerjun negara Yong Rui Jie-Nurqayyum Nazmi rangkul emas 3m papan anjal seirama lelaki | 

Terdapat 798 berita berdasarkan kata kunci carian " sasaran "

Malaysia Dalam Kedudukan Kukuh Dalam Persekitaran Ketidaktentuan Pilihan Raya Presiden AS - HLIB

KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Hong Leong Investment Bank (HLIB) Bhd yakin bahawa pendirian geopolitik neutral Malaysia meletakkannya pada kedudukan yang lebih kukuh untuk menguruskan perubahan dasar luar yang mungkin berlaku di Amerika Syarikat (AS) selepas pilihan raya presiden 5 November depan.

Perak Teroka Pasaran Halal Global - Menteri Besar

IPOH, 17 Sept (Bernama) -- Kerajaan Negeri Perak melalui Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (Perak SADC) hari ini memeterai perjanjian usaha sama dengan  pengeluar produk gelatin halal terkemuka dunia, Leiner Gelatine Sdn Bhd.

MIHAS Sertai Pameran Di Dubai November Ini, Sasar Jualan Eksport RM1 Bilion - Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) akan melangkaui sempadan domestik melalui penampilan sulungnya di luar negara iaitu MIHAS@Dubai dengan sasaran jualan eksport sebanyak RM1 bilion pada 18 hingga 20 November depan. 

Perkongsian Strategik Komprehensif Pacu Pertumbuhan Perdagangan Malaysia-India

Oleh V. Sankara

KUALA LUMPUR, 15 Sept (Bernama) -- India yakin bahawa Perkongsian Strategik Komprehensif (CSP) yang baharu dipertingkatkan dengan Malaysia akan mendorong perdagangan dua hala ke tahap yang lebih tinggi dengan sasaran US$25 bilion menjelang 2026, kata Menteri Hal Ehwal Luar India, Kirti Vardhan Singh.

Berjaya Langkawi Resort Perkenal Pakej Penerbangan Carter Persendirian

Daripada Zufazlin Baharuddin

LANGKAWI, 14 Sept (Bernama) -- Berjaya Langkawi Resort memperkenalkan penerbangan carter persendirian sebagai sebahagian daripada pakej percutian pulaunya, untuk memudahkan pelanggan terbang terus dari Terminal SkyPark Subang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.

Penerbangan: Trafik Penumpang Malaysia Ambil Sedikit Masa Untuk Pulih - MIDF

KUALA LUMPUR, 13 Sept (Bernama) -- MIDF Amanah Investment Bank Bhd menjangkakan trafik penumpang Malaysia mengambil sedikit masa untuk pulih berikutan cabaran yang dialami syarikat penerbangan baru-baru ini, termasuk isu penghantaran pesawat dan kekurangan alat ganti serta tenaga kerja.