BERITA TERKINI   Sebanyak RM150 juta baki peruntukan bantuan Program SARA (MyKasih) tidak dibelanjakan penerima sehingga 31 Dis 2025 - Amir Hamzah | Seorang lelaki maut dan tujuh lagi cedera dalam kemalangan di KM 433 Lebuhraya PLUS arah selatan berhampiran Rawang awal pagi tadi - Bomba Selangor | Seramai 31 mangsa terlibat dalam kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres dan dua lori di KM433 Lebuhraya PLUS arah selatan awal pagi tadi - Bomba Selangor | 

Terdapat 1154 berita berdasarkan kata kunci carian " peniaga"

IILM: Sukuk Jangka Pendek US$710 Juta Terlebih Langgan 2.15 Kali

KUALA LUMPUR, 18 Feb (Bernama) -- Perbadanan Pengurusan Kecairan Islam Antarabangsa (IILM) telah menyelesaikan penerbitan semula dan pengeluaran agregat sukuk jangka pendek sebanyak US$710 juta (US$1 = RM4.440), tersebar dalam dua tenor berbeza: kematangan satu bulan dan tiga bulan.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Berikutan Kejatuhan Harga Minyak Sayuran

KUALA LUMPUR, 18 Feb (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Selasa, terkesan daripada kelemahan minyak sayuran berkaitan dan kekurangan data asas yang baharu, kata seorang penganalisis.

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 18 Feb (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini apabila para pelabur beralih kepada aset selamat ketika tumpuan terarah kepada pertemuan antara diplomat Amerika Syarikat (AS) dan Rusia di Arab Saudi untuk membincangkan kemungkinan menamatkan perang di Ukraine. 

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Sedikit

KUALA LUMPUR, 18 Feb (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi sedikit pada Selasa, dipacu oleh kebimbangan terhadap bekalan getah asli yang terhad berikutan musim daun getah luruh yang berterusan serta cuaca yang lembap di negara-negara pengeluar utama, kata seorang peniaga.

Hasil Pelancongan Di Langkawi Naik 34.9 Peratus Kepada RM2.4 Bilion Dari 2022-2024

KUALA LUMPUR, 18 Feb (Bernama) -- Pandapat hasil pelancongan pulau peranginan, Pulau Langkawi meningkat sebanyak RM2.4 bilion atau 34.9 peratus bagi tempoh 2022 hingga 2024, berikutan peningkatan pelancong seramai 323,115 orang atau 11 peratus dalam tempoh tersebut, kata Kementerian Kewangan.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR,17 Feb (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Isnin, dipacu oleh harga olein sawit yang lebih tinggi di Bursa Komoditi Dalian, kata peniaga minyak sawit David Ng.

Pasaran Getah KL Ditutup Rendah

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Isnin, dipengaruhi oleh isyarat lemah daripada pasaran niaga hadapan serantau di tengah-tengah kebimbangan berterusan mengenai kenaikan tarif perdagangan Amerika Syarikat (AS), kata peniaga.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Sedikit Tetapi Rendah Kemudiannya

KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi sedikit tetapi beralih kepada rendah kemudiannya, didorong oleh sentimen berhati-hati berikutan prestasi Wall Street yang bercampur-campur pada Jumaat lepas.

Niaga Hadapan MSM Dijangka Rendah Minggu Hadapan

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 15 Feb (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatif dijangka didagangkan lebih rendah minggu hadapan disebabkan kelemahan dalam eksport baru -baru ini, kata peniaga minyak sawit David Ng. 

Niaga Hadapan Emas Dijangka Diniagakan Berhati-hati Minggu Depan

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 15 Feb (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan secara berhati-hati minggu depan di tengah-tengah ketidaktentuan global.

Ringgit Diniagakan Berhati-hati Menjelang Pengumuman Minit Mesyuarat FOMC

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 15 Feb (Bernama) -- Ringgit dijangka diniagakan berhati-hati berbanding dolar US pada minggu depan menjelang pengumuman minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) pada 20 Februari ini.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Berikutan Pengukuhan Minyak Kacang Soya Di CBOT

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 14 Feb (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Jumaat, disokong oleh prestasi lebih kukuh minyak kacang soya di Lembaga Perdagangan Chicago (CBOT), kata seorang peniaga.