1tahun ago
KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Pembangun dan pengendali terkemuka pusat data berprestasi tinggi, GDS International bertukar memorandum persefahaman (MoU) dengan pembekal global dalam siri perkongsian, ia diunjurkan membawa masuk pelaburan sekitar RM1 bilion pelaburan untuk kilang bersepadu dan pusat perkhidmatan.
1tahun ago
KOTA KINABALU, 28 Okt (Bernama) -- Sabah kekal sebagai pengeluar minyak sawit mentah (MSM) terbesar di negara ini dengan pengeluaran sebanyak 4.5 juta tan pada 2023 disebabkan oleh hasil buah yang tinggi dan kadar pengekstrakan minyak yang baik, kata Ketua Menterinya Datuk Seri Hajiji Noor.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Sorento Capital Bhd akan perluaskan operasi dalam pasaran pembinaan baharu dan pengubahsuaian dengan menyasarkan segmen bangunan tambahan termasuk rumah mampu milik, hotel dan bangunan pejabat susulan penampilan sulungnya di Pasaran ACE Bursa Malaysia hari ini.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Penggunaan gas petroleum cecair (LPG) di Asia Tenggara dijangka meningkat pada kadar purata 2.0 peratus setahun dari 2023 hingga 2033, menurut BMI, unit Kumpulan Fitch.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi pagi ini lebih rendah, menjejaki prestasi bercampur-campur dalam pasaran serantau dan di Wall Street dalam keadaan dagangan yang berhati-hati.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Maxis memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Kumpulan AmBank (Ambank) bagi memacu transformasi digital dalam sektor penjagaan kesihatan Malaysia.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- AirAsia membawa lebih 45 juta penumpang setakat ini, mengekalkan faktor muatan yang tinggi sebanyak 90 peratus, kata Capital A Bhd.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Industri permainan digital Malaysia mencatat hasil jualan dan eksport sebanyak RM45 juta melalui dana yang telah disediakan oleh kerajaan bagi tempoh 2014 hingga 2024, kata Menteri Digital Gobind Singh Deo.
1tahun ago
SEPANG, 28 Okt (Bernama) -- DHL Express meningkatkan pelaburannya di Malaysia dengan pembukaan kemudahan baharu Kuala Lumpur Gateway yang bernilai RM300 juta, sekali gus menjadikan pelaburan tempatan terbesar bagi syarikat setakat ini.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Indeks barometer Bursa Malaysia meningkat selepas lima hari mencatatkan penurunan berikutan wujud minat baharu dengan pelabur membeli saham wajaran tinggi yang mengalami penurunan harga yang ketara baru-baru ini.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka tinggi dalam dagangan awal hari ini.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS hari ini berikutan sentimen pasaran terus berhati-hati susulan dunia bersiap sedia untuk pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS) yang akan diadakan pada 5 November.