Terdapat 968 berita berdasarkan kata kunci carian " digantung"

Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia tinggi semasa mengakhiri sesi pagi ini berikutan sentimen yang lebih baik dengan belian dilihat dalam saham wajaran tinggi terpilih diterajui oleh kaunter perkhidmatan kewangan dan utiliti.

Saham MAHB Naik Selepas Dagangan Dihentikan Susulan Laporan Ambil Alih

KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Dagangan saham-saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), yang digantung pada jam 9 pagi Isnin dan disambung semula sejam kemudian, memaparkan prestasi yang positif.  

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Isnin, walaupun Wall Street mencatatkan prestasi kukuh menjelang majlis pelantikan Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) hari ini.

Bursa Malaysia Akhiri Dagangan Pagi Dengan Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 17 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri kerugian pada sesi awal dagangan hari ini dengan ditutup tinggi pada sesi pagi berikutan peningkatan belian dalam kaunter wajaran tinggi utiliti dan perkhidmatan kewangan terpilih.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Dipengaruhi Penjualan Asing

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup pada paras terendah harian hari ini walaupun mencatatkan kenaikan pada awalnya berikutan penjualan asing besar-besaran dan sekali gus menongkah aliran pasaran serantau.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Sedikit Pada Sesi Pagi

KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah sedikit pada sesi pagi berikutan aktiviti pengambilan untung saham wajaran tinggi terpilih, walaupun dijangka berlaku pemulihan teknikal hari ini.

Sentimen Pulih Pacu Bursa Malaysia Meningkat Pada Sesi Awal

KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia melantun untuk dibuka lebih tinggi pada sesi awal dagangan Khamis, didorong oleh pemulihan sentimen susulan prestasi semalaman Wall Street yang memberangsangkan.

Bursa Malaysia Akhiri Peningkatan Sesi Awal Untuk Ditutup Rendah

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia mengkhiri peningkatan pada sesi awal untuk ditutup rendah hari ini, dengan lebih 900 saham mengalami kerugian, mencerminkan penurunan keyakinan yang berterusan dalam pasaran.  

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari Susulan Aktiviti Jualan Berterusan

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah mengakhiri sesi tengah hari ini apabila kaunter rugi mengatasi kaunter untung berikutan sentimen lemah dan jualan berterusan dalam kaunter berkaitan indeks.

Bursa Malaysia Meningkat Semula Didorong Momentum Belian Berterusan

KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia mencatatkan peningkatan semula dan dibuka tinggi pada awal dagangan hari ini, disokong oleh momentum belian yang berterusan walaupun prestasi Wall Street semalaman bercampur-campur.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Prestasi Dagangan Bercampur-campur Di Pasaran Serantau

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia gagal mengekalkan momentum pembelian sepanjang hari dan ditutup pada paras terendah intra hari disebabkan jualan pada saat akhir dagangan bagi beberapa kaunter wajaran tinggi, utiliti dan perladangan yang terpilih susulan prestasi bercampur di bursa serantau.

Bursa Malaysia Kekal Momentum Positif Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan sesi pagi dalam wilayah positif pada Selasa, didorong oleh peningkatan dalam perkhidmatan kewangan wajaran tinggi terpilih dan saham telekomunikasi.